ke laman utama syarikat.com
 
 

1.   Penganjuran dan Pengurusan Seminar

Organisasi penganjur bertanggungjawab menganjur dan mengurus seminar, dan SYARIKAT.COM hanya bertindak sebagai perucap seminar.

2.   Pemilihan Peserta

Peserta seminar dipilih oleh organisasi penganjur daripada kakitangan organisasi penganjur; pemilihan peserta luar adalah tertakluk kepada persetujuan bersama antara organisasi penganjur dengan SYARIKAT.COM.

3.   Draf Bahan Seminar

SYARIKAT.COM bertanggungjawab menyediakan draf bahan seminar (nota seminar dan sebagainya), tetapi urusan cetakan nota seminar dan fail seminar (atau yang sebagai dengannya) hendaklah diurus dan disempurnakan oleh organisasi penganjur.

4.  Penyampaian Seminar

SYARIKAT.COM bertanggungjawab sepenuhnya dalam penyampaian seminar.

5.   Kos Dan Fee
 
Fee yang kena dibayar kepada kepada
SYARIKAT.COM adalah seperti mana yang ditetapkan dalam sebut harga SYARIKAT.COM. Biasanya fee berkenaan adalah berasaskan dan tertakluk kepada -

  • semua urusan penyediaan tempat seminar, peralatan seminar, makan/minum peserta disediakan oleh organisasi penganjur
  • semua urusan cetakan nota dan bahan seminar disediakan oleh organisasi penganjur
  • tambang pergi-balik SYARIKAT.COM disediakan oleh organisasi penganjur atau caj tertentu yang ditetapkan oleh kami (dalam sebut harga kami) sebagai ganti tambang pergi-balik yang disediakan oleh organisasi penganjur
  • tempat penginapan disediakan oleh organisasi penganjur berasaskan kepada rumusan: Jumlah Hari Penginapan = X + 1, di mana X adalah jumlah hari seminar