ke laman utama syarikat.com
 
 
Tahukah anda bahawa sebagai seorang pengarah Syarikat Sendirian Berhad, anda perlu mematuhi 96 kewajipan (secara tidak langsung anda terdedah kepada 96 jenis kesalahan) yang diperuntukkan oleh Akta Syarikat 1965 sejauh yang berkaitan dengan syarikat anda. Bagi setiap kewajipan, pelanggarannya adalah satu kesalahan yang dikenakan penalti sama ada dalam bentuk penalti ingkar, atau penalti biasa, sama ada dalam bentuk denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Apa yang dihidangkan dalam laman ini disusunatur secara ringkas bagi memudahkan anda untuk membuat rujukan.

1 Kewajipan menyediakan buku, daftar, atau rekod yang dikehendaki oleh Akta supaya disimpan oleh syarikat untuk diperiksa, sebagai mana yang dikehendaki oleh Pendaftar Syarikat (atau seseorang yang diberikuasa olehnya), atau menghalang atau menghindari Pendaftar Syarikat atau (seseorang yang diberikuasa olehnya) untuk berbuat demikian.

Seksyen: 7B, 7C, 7D. Penalti: Penjara 3 tahun atau RM 10,000 atau kedua-duanya (Seksyen 7B); Penjara 5 tahun atau RM 30,000 atau kedua-duanya (Seksyen 7D).

2 Kewajipan memberikan maklumat atau pengetahuan yang dimiliki secara bertulis kepada Pendaftar Syarikat sebagai mana yang dikehendaki olehnya.

Seksyen: 7 (11)(a). Penalti: RM 2,000. Penalti ingkar.

3 Kewajipan menyerahkan semula dokumen berdaftar (yang telah didaftarkan) yang hilang kepada Pendaftar Syarikat.

Seksyen: 13 (2A). Penalti: Rm 5,000. Penalti ingkar.

4 Kewajipan menyerahkan salinan ketetapan, dokumen atau perintah mahkamah berkaitan dengan pengubahan Memorandum Persatuan kepada Pendaftar Syarikat.

Seksyen: 21. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

5 Liabiliti kerana menjadi pihak kepada suatu perkiraan bagi pihak syarikat untuk mendapatkan langganan syer, debentur atau deposit hasil daripada pelawaan kepada awam dengan atau melalui seseorang peguam cara, broker, ejen dsb.

Seksyen: 27. Penalti: Penjara 10 tahun atau RM 250,00 atau kedua-duanya.

6 Kewajipan mematuhi sekatan dan larangan yang perlu dimasukkan dalam Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan syarikat.

Seksyen 27. Penalti: Penjara 10 tahun atau RM 250,000 atau kedua-duanya.

7 Kewajipan mengirimkan sesalinan Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan kepada anggota-anggota selepas diminta berbuat demikian.

Seksyen: 34. Penalti: Rm 200. Penalti ingkar.

8 Kewajipan memasukkan salinan pengubahan yang dibuat dalam Memorandum atau Perkara-perkara Persatuan yang dikeluarkan selepas tarikh pengubahan, atau untuk melampirkan sesalinan tiap-tiap ketetapan atau suatu perjanjian yang dikehendaki supaya diserahkan kepada Pendaftar Syarikat di bawah seksyen 154 yang menyentuh Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan.

Seksyen: 34. Penalti: RM 200. Penalti ingkar.

9 Menerbitkan, mengedarkan atau mengagihkan borang permohonan untuk mendapatkan syer atau debentur tanpa mendaftarkan prospektus.

Seksyen: 37. Penalti: Penjara 5 tahun atau RM 100,000 atau kedua-duanya.

10 Mempelawa orang awam untuk mendeposit atau meminjam wang kepada syarikat tanpa mendaftarkan prospektus.

Seksyen: 38 (9). Penalti: Penjara 5 tahun atau RM 100,000 atau kedua-duanya.

11 Keingkaran mematuhi perkara-perkara yang berkaitan dengan penyata penguntukan syer.

Seksyen: 54. Penalti: RM 1,000; Penalti ingkar: RM 250.

12 Kewajipan menyerahkan kepada Pendaftar Syarikat suatu pernyataan berhubung dengan komisyen memohon beli syer:

Seksyen: 58. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

13 Keingkaran mematuhi peruntukan berkaitan dengan penerbitan syer dengan diskaun.

Seksyen: 59. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

14 Kewajipan menyerahkan notis penambahan modal syer kepada Pendaftar Syarikat.

Seksyen: 62. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

15 Liabiliti kerana menyembunyikan nama pemiutang atau membuat salahnyataan atau amaun tuntutan pemiutang dalam suatu permohonan untuk pengesahan oleh mahkamah mengenai ketetapan khas bagi pengurangan modal syer.

Seksyen: 64 (10). Penalti: Penjara 5 tahun atau RM 30,000.

16 Kewajipan menyerahkan kepada Pendaftar Syarikat salinan perintah mahkamah bagi pengubahan hak pemegang-pemegang kelas-kelas syer tertentu dalam syarikat.

Seksyen: 65 (5). Penalti ingkar: Rm 2,000.

17 Liabiliti kerana menguntukkan syer keutamaan atau menukarkan syer terbitan kepada syer keutamaan tanpa menyatakan mengenai hak pemegang-pemegang syer berkenaan dalam Memorandum atau Perkara-perkara Persatuan.

Seksyen: 66. Penalti: RM 2,000.

18 Liabiliti kerana membenarkan syarikat memberikan bantuan kewangan berkaitan dengan pembelian atau langganan syer dalam syarikat.

Seksyen: 67 (3). Penalti: Penjara 5 tahun atau RM 100,000 atau kedua-duanya.

19 Kewajipan untuk memberikan maklumat mengenai syer kepada Pendaftar Syarikat.

Seksyen: 69A (3). Penalti: Penjara 3 tahun atau RM 50,000. Penalti ingkar.

20 Menolak permintaan memeriksa daftar pemegang-pemegang debentur atau permintaan untuk mendapatkan salinan surat ikatan amanah.

Seksyen: 70 (7). Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

21 Kewajipan menerbitkan sijil syer yang mengandungi maklumat yang ditetapkan.

Seksyen: 100. Penalti: RM 200. Penalti ingkar.

22 Kewajipan memberikan notis mengenai keengganan untuk mendaftar sesuatu pemindahan kepada penerima pindahan.

Seksyen: 105. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

23 Kewajipan mengeluarkan dan mengirimkan sijil syer, debentur atau kepentingan lain dalam tempoh yang ditetapkan.

Seksyen: 107. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

24 Kewajipan mendaftarkan gadaian selepas sesuatu gadaian ke atas aset syarikat diwujudkan.

Seksyen: 109, 110. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

25 Kewajipan mengendors butir-butir pendaftaran ke atas pembayaran debentur yang bercagarkan gadaian.

Seksyen: 112. Penalti: RM 1,000.

26 Kewajipan menyimpan salinan surat cara yang mengwujudkan gadaian dan daftar gadaian di pejabat berdaftar.

Seksyen: 115. Penalti: RM 2,000. Penalti ingkar.

27 Kewajipan menyediakan pejabat berdaftar dan menfailkan notis mengenai tempat dan apa-apa perubahan alamatnya.

Seksyen: 119, 120. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

28 Liabiliti kerana menggunakan meterai syarikat tanpa nama syarikat, dan mengeluarkan surat, pernyataan dsb. tanpa nama syarikat dalam huruf yang mudah kelihatan padanya.

Seksyen: 121. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

29 Kewajipan memastikan syarikat untuk mempunyai bilangan dan jenis pengarah yang ditetapkan.

Seksyen: 122, 122 (6)(7).

30 Kewajipan menyerahkan akuan berkanun bagi mematuhi seksyen 125 dan 130 sebelum dilantik menjadi pengarah.

Seksyen: 123 (4).

31 Kewajipan mengosongkan jawatan selepas gagal mendapatkan atau memegang syer kelayakan seperti yang ditetapkan oleh Akta atau Perkara-perkara Persatuan.

Seksyen: 124. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

32 Bertindak sebagai pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat tanpa pelepasan daripada mahkamah semasa menjadi seorang bankrap.

Seksyen: 125. Penalti: Penjara 5 tahun atau RM 100,000 atau kedua-duanya.

33 Menjadi seorang pengarah, penaja atau mengambil bahagian dalam pengurusan sesebuah syarikat tanpa mendapat pelepasan daripada mahkamah dalam tempoh lima tahun selepas disabitkan dengan kesalahan tertentu atau selepas dibebaskan daripada penjara.

Seksyen: 130. Penalti: Penjara 5 tahun atau RM 100,000 atau kedua-duanya.

34 Hilang kelayakan sebagai pengarah syarikat yang tidak solven.

Seksyen: 130A. Penalti: Penjara 3 tahun atau RM 10,000 atau kedua-duanya.

35 Kewajipan untuk mendedahkan kepentingan dalam kontrak dsb. atau memegang jawatan atau harta secara yang menyebabkan wujudnya percanggahan kepentingan dan kewajipan.

Seksyen: 131. Penalti: Penjara 5tahun atau RM 150,000 atau kedua-duanya.

36 Kewajipan bertindak secara jujur dan menggunakan usaha yang munasabah dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang pengarah. Menyalahgunakan maklumat untuk kepentingan diri atau orang lain atau yang akan menjejaskan syarikat.

Seksyen: 132. Penalti: Penjara 5 tahun atau RM 30,000.

37 Liabiliti kerana menggunakan maklumat dalaman untuk faedah sendiri atau untuk kepentingan orang lain.

Seksyen: 132 (2), 132A (6), 132B. Penalti: Penjara 5 tahun atau RM 30,000 (Seksyen 132 (2); Penjara 5 tahun atau RM 30,000 atau kedua-duanya.

38 Liabiliti kerana melanggar kehendak-kehendak berkaitan denganpenerbitan syer. 

Seksyen: 132D (7).

39 Liabiliti kerana melanggar kehendak statutori berkaitan dengan transaksi harta substansial yang melibatkan pengarah-pengarah.

Seksyen: 132E (6). Penalti: Penjara 5 tahun RM 30,000 atau kedua-duanya.

40 Liabiliti kerana melanggar kehendak statutori dengan melibatkan diri dalam transaksi yang dilarang yang melibatkan pemegang-pemegang syer dan pengarah-pengarah.

Seksyen: 132G (5). Penalti: Penjara 3 tahun atau RM 50,000 atau kedua-duanya.

41 Kewajipan mematuhi sekatan mengenai pinjaman (pemberian pinjaman, menjamin pinjaman atau menyediakan sekuriti bagi menjamin pinjaman) kepada pengarah-pengarah.

Seksyen: 133, 133A. Penalti: RM 10,000.

42 Kewajipan mematuhi kehendak undang-undang berhubung dengan Daftar Pemegangan Syer Pengarah-pengarah.

Seksyen: 134 (14). Penalti: Penjara 3 tahun atau RM 15,000. Penalti ingkar.

43 Kewajipan memberikan kepada syarikat notis bertulis mengenai perkara-perkara yang berkaitan diri seseorang pengarah bagi tujuan supaya syarikat dapat mematuhi kehendak Akta.

Seksyen: 135. Penalti: Penjara 3 tahun atau RM 15,000.

44 Ingkar kerana melanggar larangan statutori mengenai pengecualian bayaran cukai kepada pengarah-pengarah.

Seksyen: 136 (4). Penalti: Penjara 3 tahun atau RM10,000.

45 Kewajipan untuk mematuhi kehendak statutori berkaitan dengan bayaran kepada pengarah kerana kehilangan jawatan.

Seksyen: 137.

46 Kewajipan mematuhi kehendak statutori untuk mendedahkan emolumen pengarah-pengarah apabila diberikan notis mengenainya oleh bilangan pemegang-pemegang syer tertentu.

Seksyen: 137.

47 Kewajipan mematuhi kehendak statutori berkaitan dengan perlantikan setiausaha syarikat yang berkelayakan.

Seksyen: 139, 139(1A), 139 (1B), 139A.

48 Ingkar untuk menyimpan Daftar Anggota-anggota, Pengarah-pengarah dan Setiausaha-setiausaha Syarikat, ingkar untuk memastikan daftar-daftar berkenaan dibuka untuk pemeriksaan, dan ingkar untuk menyerahkan penyata-penyata dalam bentuk yang ditetapkan kepada Pendaftar Syarikat.

Seksyen: 141 (7). Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

49 Ingkar mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan selepas 18 bulan syarikat diperbadankan dan tiap-tiap tahun selepasmya tanpa mendapat kelulusan lanjutan masa daripada Pendaftar Syarikat.

Seksyen: 143. Penalti: RM 5,000.00. Penalti ingkar; RM 100.

50 Memberikuasa atau membenarkan suatu pelawaan untuk melantik proksi kepada sebahagian sahaja daripada anggota-anggota yang layak.

Seksyen: 149 (3). Penalti: RM 2,000.

51 Kewajipan untuk mengedarkan ketetapan anggota-anggota dan pernyataan mengenainya apabila direkuisisi.

Seksyen: 151. Penalti: RM 10,000.

52 Kewajipan menyerahkan salinan ketetapan khas kepada Pendaftar Syarikat, dsb.

Seksyen: 154. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

53 Kewajipan memastikan minit mesyuarat pengarah-pengarah dan mesyuarat agung diperbuat seperti yang sepatutnya dan disimpan.

Seksyen: 156. Penalti: RM 2,000. Penalti ingkar.

54 Kewajipan menyimpan buku-buku yang mengandungi minit mesyuarat agung tahunan di pejabat berdaftar atau tempat utama perniagaan dijalankan dan terbuka untuk pemeriksaan, atau untuk menyediakan salinan minit kepada anggota-anggota selepas diminta.

Seksyen: 157. Penalti: RM 500. Penalti ingkar.

55 Kewajipan menyimpan Daftar Anggota-anggota yang mengandungi butir-butir pemegang-pemegang syer yang menjadi anggota syarika

Seksyen: 158. Penalti: RM 2,000. Penalti ingkar.

56 Kewajipan menyimpan Daftar Anggota-anggota di pejabat berdaftar atau tempat lain yang dimaklumkan kepada Pendaftar Syarikat.

Seksyen: 159. Penalti: RM 2,000. Penalti ingkar.

57 Kewajipan memberikan salinan Daftar Anggota-anggota apabila diminta.

Seksyen: 160. Penalti: RM 500. Penalti ingkar.

58 Kewajipan mematuhi kehendak-kehendak mengenai penyimpanan Daftar Anggota-anggota cawangan.

Seksyen: 164 (9). Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

59 Kewajipan menyerahkan Penyata Tahunan dan Pernyataan oleh Juruaudit.

Seksyen: 165, 165A, 166. Penalti: RM 2,000. Penalti ingkar.

60 Kewajipan menyimpan akaun dan rekod kewangan lain yang dapat menggambarkan transaksi dan kedudukan kewangan syarikat dan memungkinkan suatu akaun diperbuat secara yang adil dan saksama.

Seksyen: 167, 167 (1A). Penalti: Penjara 6 bulan atau RM 5,000 atau kedua-duanya.

61 Kewajipan untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan kepada kehendak-kehendak peruntukan-peruntukan yang menghendaki supaya -

  • tahun kewangan syarikat pemegang dan anak syarikatnya adalah bertepatan.
  • akaun yang teraudit bersama-sama dengan kembaran pernyataan pengarah-pengarah dan pegawai perakaunan yang utama dibentangkan di hadapan mesyuarat pada tiap-tiap mesyuarat agung tahunan.
  • laporan pengarah-pengarah yang menyatakan perkara-perkara yang dikehendaki dan butir-butir yang berkaitan dikembarkan bersama-sama dengan kunci kira-kira.

Seksyen: 168, 169 (1)-(4), 169 (5). Penalti: Penjara 5 tahun atau RM 30,000.

62 Kewajipan untuk menyerahkan sesalinan akaun beserta dengan pernyataan dan laporan kepada anggota-anggota yang layak, tidak kurang daripada 14 hari sebelum tiap-tiap mesyuarat agung tahunan.

Seksyen: 170. Penalti: RM 2,500. Penalti ingkar.

63 Kewajipan untuk mengambil semua langkah-langkah yang munasabah untuk mematuhi atau memastikan dipatuhi kepada kehendak-kehendak mengenai akaun dan audit.

Seksyen: 171. Penalti: Penjara 5 tahun atau RM 30,000.

64 Tanpa pengecualian yang sah, enggan membenarkan juruaudit syarikat atau syarikat pemegang daripada akses kepada maklumat rekod perakaunan dan daftar-daftar, gagal memberikan maklumat atau sebaliknya menghalang juruaudit.

Seksyen: 174 (9). Penalti: Penjara 2 tahun atau RM 30,000 atau kedua-duanya.

65 Kewajipan untuk mematuhi peruntukan-peruntukan berkaitan dengan kompromi atau perkiraan dengan pemiutang-pemiutang atau anggota-anggota.

Seksyen: 177. Penalti: Penjara 3 tahun atau RM 3,000.

66 Kewajipan untuk menyerahkan kepada Pendaftar Syarikat salinan perintah mahkamah yang memberikan kemudahan pembinaan semuala dan penyatuan syarikat.

Seksyen: 178 (3). Penalti: RM 2,000. Penalti ingkar.

67 Kewajipan untuk mematuhi peruntukan berkaitan dengan remedi dalam kes penindasan.

Seksyen: 181. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

68 Jika penerima dan pengurus dilantik, kewajipan untuk menyatakan dalam invois, pesanan, surat-menyuarat dsb. bahawa syarikat adalah di dalam penggulungan atau di bawah penerimaan setiap kali nama syarikat disebutkan.

Seksyen: 187. Penalti: RM 200. Penalti ingkar.

69 Kewajipan untuk menyerahkan pernyataan oleh penerima mengenai hal-ehwal syarikat.

Seksyen: 188. Penalti: RM 2,000. Penalti ingkar.

70 Kewajipan untuk mematuhi peruntukan khusus mengenai kandungan pernyataan berkaitan dengan hal-ehwal syarikat yang perlu dikemukakan kepada penerima.

Seksyen: 189. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

71 Kewajipan untuk menjawab soalan yang dibuat oleh penyiasat syarikat yang releven dan material kepada penyiasatan yang dibuat terhadap syarikat.

Seksyen: 200 (6).

72 Penalti kepada orang-orang yang bertindak secara yang menghalang penyiasatan.

Seksyen: 206. Penalti: Penjara 5 tahun atau RM 30,000.

73 Kewajian untuk mengemukakan buku-buku, dokumen dsb. kepada penyiasat apabila diberi notis.

Seksyen: 208 (5)(6). Penalti: Penjara 3 tahun atau RM 10,000 atau kedua-duanya.

74 Kewajipan untuk mematuhi kehendak Menteri mengenai maklumat orang-orang yang berkepentingan dalam syer atau debentur.

Seksyen: 208A. Penalti: Penjara 12 bulan atau RM 10,000.

75 Kewajipan utnuk membuat, menentusahkan dan menyerahkan kepada pelikuidasi seperti mana yang dikehendaki suatu pernyataan mengenai hal-ehwal syarikat sehingga ke tarikh penggulungan.

Seksyen: 234. Penalti: Penjara 3 tahun atau RM 10,000 atau kedua-duanya. Penalti ingkar.

76 Kewajipan untuk hazir di mahkamah apabila disaman untuk pemeriksaan atau untuk menyediakan buku-buku berkaitan dengan syarikat dalam penggulungan.

Seksyen: 249.

77 Kewajipan untuk hazir di mahkamah untuk pemeriksaan awam apabila diarah berikutan laporan pelikuidasi bahawa fraud telah dilakukan atau fakta-fakta material telah disembunyikan.

Seksyen: 250.

78 Kewajipan untuk menyerahkan kepada Pendaftar Syarikat dalam tempoh 7 hari, sesalinan ketetapan khas bagi penggulungan sukarela dan mengiklankannya dalam tempoh 10 hari dalam akhbar.

Seksyen: 254. Penalti: RM 1,000. Penalti ingkar.

79 Membuat pengisytiharan kesolvenan dalam penggulungan sukarela tanpa mempunyai alasan yang munasabah pendapat bahawa syarikat boleh membayar hutang-hutangnya sepenuhnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam pengisytiharan berkenaan.

Seksyen: 257. Penalti: Penjara 3 tahun atau RM 30,000 atau kedua-duanya.

80 Kewajipan untuk mengadakan mesyuarat pemiutang-pemiutang dalam penggulungan sukarela oleh pemiutang dan menyebabkan pernyataan hal-ehwal syarikat untuk dibentangkan di hadapan mesyuarat.

Seksyen: 260. Penalti: RM 2,000.

81 Gagal untuk mempunyai perkataan "dalam penggulungan" bersama-sama dengan nama syarikat pada invois, pesanan dan surat-menyurat yang dikeluarkan oleh syarikat yang telah digulung.

Seksyen: 283. Penalti: RM 500.

82 Kewajipan pegawai-pegawai syarikat untuk membantu pelikuidasi dan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan syarikat.

Seksyen: 300. Penalti: Penjara 5 tahun atau RM 30,000.

83 Penalti kerana memusnahkan, merosakkan, mengubah atau memalsukan buku akaun atau dokumen-dokumen syarikat dengan niat untuk memfraud atau mendorong seseorang.

Seksyen: 302. Penalti: Penjara 5 tahun atau RM 30,000.

84 Liabiliti kerana akaun yang sepatutnya tidak disimpan dalam tempoh waktu dua tahun sebelum bermulanya penyiasatan atau penggulungan syarikat.

Seksyen: 303. Penalti: Penjara 3 tahun atau RM 10,000.

85 Liabiliti kerana dengan disedarinya berkontrak dalam hutang yang tidak ada alasan barangkali untuk hutang itu boleh dibayar oleh syarikat.

Seksyen: 303 (3). Penalti: Penjara setahun atau RM 5,000.

86 Kebertanggungjawaban kerana menjal;ankan perniagaan untuk memfraud pemiutang syarikat atau pemiutang lain atau untuk apa-apa tujuan fraud yang lain.

Seksyen: 304. Penalti: Penjara 3 tahun atau RM 10,000.

87 Liabiliti jika didapati delinkuen, misfeasans, pecah amanah semasa menajai dan membentuk syarikat dengan menyalahgunakan harta syarikat.

Seksyen: 305.

88 Kewajipan untuk engambil langkah-langkah munasabah untuk menjaga daftar-daftar, buku minit atau buku-buku akaun dsb. daripada dipalsukan.

Seksyen: 358. Penalti: RM 2,000. Penalti ingkar.

89 Kewajipan untuk mebenarkan yang diberi kebenaran untuk menyiasat daftar-daftar, buku-buku minit dsb. dan membenarkan untuk diabuat salinan atau cabutannya.

Seksyen: 359. Penalti: RM 200. Penalti ingkar.

90 Liabiliti kerana pernyataan palsu dan mengelirukan mengenai modal syarikat, atau amaun syer dibenarkan atau nominal dinyatakan tanpa perkataan ‘dibenarkan’ atau ‘nominal’.

Seksyen: 364. Penalti: Penjara 10 tahun atau RM 250,000 atau kedua-duanya.

91 Liabiliti kerana memberikuasa, mengarah atau bersetuju kepada pengiklanan, pengedaran atau penerbitan modal nominal atau modal dibenarkan syarikat tanpa disertakan dengan butir-butir modal berbayarnya.

Seksyen: 364. Penalti: Penjara 10 tahun atau RM 250,000 atau kedua-duanya.

92 Liabiliti kerana membuat atau memberikuasa pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam butir-butir yang material dalam mana-mana penyata, laporan, sijil, akaun atau dokumen lain yang dikehendaki oleh atau untuk maksud Akta.

Seksyen: 364. Penalti: Penjara 10 tahun atau RM 250,000 atau kedua-duanya.

93 Liabiliti kerana laporan palsu dengan niat untuk memperdaya berhubung dengan hal-ehwal syarikat.

Seksyen: 364A. Penalti: Penjara 10 tahun atau RM 250,000 atau kedua-duanya.

94 Liabiliti kerana membenarkan dividen dibayar kepada pemegang-pemegang syer melainkan jika syarikat membuat keuntungan atau menurut seksyen 60.

Seksyen: 365. Penalti: Penjara 10 tahun atau RM 250,000 atau kedua-duanya.

95 Liabiliti kerana mendorong seseorang secara fraud supaya melaburkan wang dalam syarikat dengan membuat pernyataan yang mengelirukan.

Seksyen: 366. Penalti: Penjara 10 tahun atau RM 250,000 atau kedua-duanya.

96 Liabiliti kerana tindakan fraud pegawai-pegawai syarikat mempengaruhi mana-mana orang untuk memberi kredit kepada syarikat atau berniat untuk memfraud pemiutang.

Seksyen: 368. Penalti: 10 tahun atau RM 250,000 atau kedua-duanya.