syarikat.com berhasrat untuk mewujudkan manual dalam talian yang dapat menyediakan sumber amalan perundangan syarikat yang komprehensif dan terkini melalui web. Jika hasrat ini berjaya direalisasikan Setiausaha, Pengarah, Pengurus atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam pentadbiran hal-ehwal syarikat akan berpeluang membuat rujukan mengenai hal-ehwal kesetiausahaan syarikat dan undang-undang syarikat melalui manual amalan Kesetiausahaan Syarikat yang bakal diperkenalkan oleh syarikat.com. Manual ini akan mengandungi sumber-sumber yang berikut:
 
  • Petikan Akta Syarikat
  • Prosedur Kesetiausahaan Syarikat
  • Draf Surat, Ketetapan, Suratcara, Dokuemen dsb.
  • Senarai Semak Prosedur Kesetiausahaan Syarikat
syarikat.com tidak dapat menetapkan tarikh sebenar manual amalan Kesetiausahaan Syarikat ini boleh disiapkan. Memandangkan manual seperti ini akan mengandungi lebih daripada 1000 muka surat fizikal, perlaksanaannya akan memakan masa yang panjang. syarikat.com mempelawa organisasi yang berminat untuk menaja atau mengambilalih projek ini bagi menjadikan usaha melahirkan suatu manual dalam bahasa Melayu yang membanggakan menjadi kenyataan.