Make your own free website on Tripod.com
ke laman utama syarikat.com ke Kuliah Asas 4
 
 
Peringkat-peringkat pembentukan

Terdapat dua peringkat pembentukan sesebuah syarikat: pertamanya, anda sendiri (bersama dengan rakan penaja anda) yang akan menentukan namanya dan strukturnya, dan keduanya, anda perlu menyerahkan kepada Setiausaha Syarikat untuk memproses dan menderaf dokumen-dokumen pemerbadanan syarikat yang bakal dibentuk itu.

Peringkat pertama terletak sepenuhnya kepada anda. Peringkat kedua, pada amnya terbahagi kepada tiga peringkat pendaftaran: perizaban nama, penyerahan dokumen pemerbadanan, dan penyerahan dokumen pertama selepas pemerbadanan syarikat.

Nama SYARIKAT

Perizaban nama

Anda boleh memilih apa sahaja nama untuk dinamakan kepada syarikat yang bakal anda perbadankan. Apa sahaja nama yang berkenan di hati anda, asal saja bukan satu nama yang mempunyai unsur-unsur yang ditegah oleh undang-undang umum. Biarpun begitu, walaupun nama yang anda pilih tidak bertentangan dengan undang-undang tetapi tidak semestinya nama yang anda pilih itu boleh diterima oleh Pendaftar Syarikat untuk pendaftaran.

Nama yang tidak diingini

Nama yang anda pilih hendaklah bukan suatu nama yang tidak diingini oleh Pendaftar Syarikat. Maksud nama yang tidak diingini ialah, suatu nama yang tidak diingini oleh Pendaftar Syarikat. Pengertiannya agak luas dan barangkali apa sahaja nama yang pada budi bicara beliau yang sesuatu nama itu tidak diingininya.

Nama yang diwartakan

Nama syarikat anda juga seharusnya bukan merupakan suatu nama yang diarahkan oleh Menteri supaya tidak diterima untuk pendaftaran seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan No. 4180 bertarikh 2 Jun 1986. Pada amnya anda seboleh-bolehnya perlu mengelakkan daripada memilih nama-nama yang berikut:

Pemerbadanan Syarikat

Dokumen-dokumen pemerbadanan

Dalam tempoh tiga bulan selepas nama yang anda pohon dirizabkan, anda perlu menyediakan dan menyerahkan kepada Pendaftar Syarikat dokumen-dokumen yang berikut: Memorandum Persatuan, Perkara-perkara Persatuan, Borang 6, Borang 48A, dan Lampiran A.

Semua dokumen-dokumen yang tersebut di atas perlu disediakan mengikut kandungan, format dan kualiti yang ditetapkan oleh Peraturan-peraturan Syarikat 1966.

Penyediaan dokumen pemerbadanan

Walaupun anda boleh menyediakan sendiri dokumen-dokumen tersebut, anda dinasihatkan supaya menyerahkan tugas menyediakan dan menyerahkannya kepada setiausaha syarikat. Pertamanya, kerana anda mungkin tidak biasa apatah lagi untuk mahir dalam penyediaan dokumen-dokmen tersebut, dan keduanya, anda tidak dapat mengelakkan diri daripada menamakan seorang setiausaha syarikat dalam sama ada Memorandum atau Perkara-perkara Persatuan syarikat anda dan pastinya anda terpaksa melantiknya juga sebaik sahaja syarikat anda diperbadankan.

Walau bagaimanapun, sebagai penaja anda tentulah perlu sentiasa berunding dan mengemukakan pandangan dan kehendak anda mengenai isi kandungan Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan syarikat anda, kerana andalah orangnya yang akan terpaksa mematuhi kehendak peratuaran-peraturan atau fasal-fasal yang terkandung dalam dokumen-dokumen tersebut apabila syarikat anda diperbadankan kelak. Paling penting, anda juga perlu menandatangani sebahagian daripada dokumen-dokumen tersebut. Jadi anda perlu pastikan yang anda menandatangani yang sepatutnya, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.

Kos yang terlibat

Berapakah kos yang terlibat untuk memperbadankan sesebuah syarikat? Semuanya bergantung kepada amaun modal syer yang anda nyatakan dalam Memorandum, dan berapa fee yang dikenakan kepada anda oleh setiausaha syarikat sebagai caj kepada perbelanjaan yang ditanggungnya untuk memperbadankan syarikat anda dan fee profesionalnya. Mengenai fee yang kena dibayar kepada Pendaftar Syarikat, anda hanya perlu membayar RM 1,000.00 jika syarikat anda bermodal syer yang tidak melebihi RM 100,000.00. Fee yang kena dibayar kepada Setiausaha Syarikat adalah mengikut budi bicara mereka. Biasanya perbelanjaan yang akan anda tanggung adalah dalam lingkungan RM 2,500.00 hingga RM 3,000.00.

Kontrak Perniagaan Pertama

Kontrak pra-pemerbadanan

Jika anda menjual apa-apa aset kepunyaan anda kepada syarikat, anda perlu mendedahkan butir-butir transaksi berkenaan kepada lembaga pengarah dan juga kepada pemegang-pemegang syer.

Jika anda seorang penaja, anda dan rakan anda yang sama-sama menaja pembentukan syarikat adalah bertanggungan secara sendiri atas apa-apa transaksi yang dibuat oleh anda dan rakan anda itu bagi pihak syarikat (yang pada masa itu masih belum diperbadankan). Bagi melindungi diri anda, anda perlu berkontrak atas asas bahawa anda tidak lagi bertanggungan sebaik sahaja kontrak berkenaan dibentangkan di hadapan lembaga pengarah atau mesyuarat agung, sama ada atau tidak transaksi itu diterima oleh syarikat. Apabila diterima, kontrak awal itu akan diganti dengan deraf perjanjian yang akan disempurnakan oleh syarikat apabila diperbadankan.

RUJUKAN

A. AKTA SYARIKAT 1965

Seksyen 11(8)(a).

Seksyen 16 (1), (4), (6), (7).

Seksyen 22 (1), (2), (7), (9), (10).

Seksyen 18 (1)(h), (2).

Seksyen 122 (3).

Seksyen 361.

B. SENARAI KES MAHKAMAH

South Pacific Airlines of New Zealand lwn Registrar of Companies (1964) NZLR 1, 5 mengikut McGregor J.

R lwn Registrar of Companies (1912) 3 KB 23, 34 mengikut Avory J.

North Chesire & Manchaster Brewery Co Ltd lwn Manchester Brewery Co Ltd (1899) AC 83, 84 mengikut Lord Halsbury LC.

Australian Guarantee Corp Ltd lwn Sydney Guarantee Corp Ltd (1951) 51 SR (NSW) 166, 170 mengikut Roper CJ in Eq.

R lwn Registrar of Companies, ex p Bowen (1914) 3 KB 1161.

R lwn Registrar of Companies, ex p More (1931) 2 KB 197.

Jubilee Cotton Mills lwn Lewis (1924) A.C. 958.