ke laman utama syarikat.com
 
 
Md. Rodzi mempunyai kelulusan dan pengalaman dalam dwibidang, ekonomi dan undang-undang. Md. Rodzi pernah berkhidmat dengan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) selama 9 tahun (1985-1994). Md. Rodzi juga adalah Penasihat Teknikal (Undang-undang Syarikat) kepada Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia. Md. Rodzi pernah diberi amanah secara ad hoc sebagai Perunding Undang-undang Syarikat kepada beberapa buah agensi kerajaan yang tersohor. Md. Rodzi aktif menyampaikan seminar, menulis buku, kertas-kerja dan risalah, dan memberi khidmat runding cara undang-undang syarikat. Md. Rodzi juga terlibat secara langsung dalam memberikan khidmat mendraf perlembagaan dan suratcara syarikat, khidmat penubuhan syarikat, dan khidmat kesetiausahaan syarikat kepada beberapa buah syarikat terpilih. Antara organisasi tersohor yang pernah menjadi pelanggan Md. Rodzi termasuklah, Pejabat Pendaftar Syarikat, Perbadanan Johor, Institut Pembangunan Pengurusan Johor (BISTARI), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Bank Pembangunan, Tenaga Nasional Berhad, dan berbagai lagi; serta berbagai firma guaman, juruaudit dan setiausaha syarikat. Md. Rodzi pernah menulis "Buku Panduan Pengarah", dan pernah menjadi tamu pakar (Undang-undang Korporat) dalam rancangan terbitan TV tempatan. Sebagai seorang insan yang berjiwa seni Md. Rodzi juga meminati bidang penulisan, terjemahan, perucapan awam, kompugrafik dan gubahan laman web.