Make your own free website on Tripod.com
ke laman utama syarikat.com
 
 
RODZI.COM sememangnya ingin memartabatkan bahasa Melayu dalam amalan undang-undang syarikat! Biarpun terpaksa menerima tempias kos melepas dalam bentuk nilai mata wang! Ini terbukti daripada homepej ini yang hampir 100% ditulis dalam bahasa Melayu (meskipun menulisnya dalam bahasa Inggeris adalah jauh lebih mudah!). Malah RODZI.COM mengimpikan agar dalam tempoh yang terdekat, sesiapa yang ingin mendalami undang-undang syarikat perlu merujuknya dalam bahasa Melayu! Bukan alternatif, tetapi satu-satunya! Kenapa bahasa Melayu? Kerana ketiga sebab. Pertama Akta Syarikat sendir menempatkan bahasa Melayu mengatasi bahasa Inggeris! Kedua kerana khalayak undang-undang syarikat (para pengguna undang-undang syarikat) yang terdiri daripada pengarah, setiausaha syarikat, atau pemegang saham di Malaysia lebih ramai yang "kurang selesa" berbahasa Inggeris. Cuba anda bayangkan bagaimana generasi tua (dan juga muda) di kampunga yang mempunyai syarikat terpaksa mematuhi perlembagaan syarikat mereka sendiri yang ditulis dalam bahsa Inggeris yang mereka tidak fahami hampir 75%! Fenomena kezaliman bahasa yang sukar dimaafkan! Ketiga kerana RODZI.COM tidak harus menyerahkan segalanya kepada inisiatif DBP untuk memperjuangkannya. Setakat ini DBP hanya menerbitkan sebuah risalah pedoman penggunaaan nama syarikat! Usaha itu walaupun boleh dianggap sebagai suatu langkah permulaan tetapi berdasarkan pengalaman lepas langkah seperti itu masih belum boleh dianggap suatu 'langkah sulung yang berkesan! Jadi anda harus searus bersama RODZI.COM dalam perjuangan ini. Terima kasih! Bagi anda yang mempunyai pandangan bernas mengenai isu bahasa Melayu anda sesungguhnya dialu-alukan untuk menyampaikan idea anda itu kepada RODZI.COM.
 
Klik mana-mana satu daripada isu bahasa Melayu yang tersenarai di bawah yang ingin anda terokai bersama: