Make your own free website on Tripod.com
ke laman utama syarikat.com
 
 
Kajian menunjukkan bahawa 80% daripada laman web di dunia Internet 'amat membosankan'. Persoalannya bagaimana mengesan laman web yang menarik dan bermanfaat? Pastinya dengan usaha gigih, mencari dan terus mencari tanpa jemu. Saya juga seperti anda, gemar mencari sesuatu yang menarik. Melalui laman ini saya senaraikan laman web yang menarik bagi saya dan mengharapkan agar menarik juga kepada anda! Jika anda terjumpa laman web yang menarik sila e-mel kepada saya.
 
Yang berikut adalah senarai laman web yang 'menarik' beserta ulasan mengenainya. Klik mana-mana yang anda minati. Selamat menggelongsor!
   
Laman ini boleh membantu anda menukar nilai wang negara-negara di dunia. Klik saja mana-mana dua mata wang negara yang anda ingin ketahui nilai pertukarannya dan nilai tukarannya akan ditetapkan secara automatik. Laman ini dikemaskini tiap-tiap hari.
   
Laman web ini membantu anda menilai kualiti laman web anda atau laman web tertentu. Anda hanya perlu menaip alamat URL sesuatu laman web dan Web Garage akan terus memasuki laman web berkenaan dan membuat nilaian dan laporan kualitinya.
   
Jika anda ingin mencari web space provider untuk menempatkan laman web anda, salah satu ciri yang perlu dipertimbangkan ialah kelajuan pelayannya (server).Laman web ini boleh membantu anda. Anda hanya perlu menaip alamat URL web space provider berkaitan dan Net Mechanic akan menjalankan tugasnya. Jangan lupa memberikan alamat e-mel anda kerana Net Mechanic akan membuat laporan siasatannya melalui e-mel anda.
   
Anda ingin membuat carian nama domain seperti syarikat.com atau apa-apa nama lain yang anda ingin daftarkan? Carian ini adalah penting bagi memastikan nama domain yang anda hajati itu masih belum berdaftar.Bagaimana caranya? Anda hanya perlu menaip URL berikut:

http://rs.internic.net/cgi-bin/whois?namadomain

Gantikan 'namadomain' dengan nama pilihan anda, misalnya, syarikat.com, melayu.com, melayu.net, syarikat.net, dan sebagainya.