Make your own free website on Tripod.com
Ahlan-wa-sahlan! Saya Md. Rodzi Harun personaliti di sebalik laman web RODZI.COM. Melalui wadah maya ini, saya cuba menyampaikan ilmu dan pengalaman saya mengenai (undang-undang) syarikat kepada anda! Melalui RODZI.COM juga anda boleh mendapatkan khidmat atau berinteraksi dengan saya. Jika anda ingin menghubungi saya, anda bolehlah menelefon 010-4186511 atau anda boleh fax melalui talian 04-4380599.
this site in English
this site in French
Dapatkan khidmat Rodzi...
Catatan kembara web...
Petua membina homepej...
Anda ingin membina homepej?
Panduan homepej PERCUMA!
 
 
Laman web ini mengandungi empat menu utama: di bingkai kiri, bingkai kanan, bingkai atas, dan bingkai bawah. Bingkai di sebelah kiri layar komputer anda mengandungi beberapa submenu yang boleh anda klik untuk merujuk berbagai sumber rujuk undang-undang syarikat. Di sebelah kanan pula terdapat dua jenis menu. Pertama menu pintas yang membawa anda ke laman-laman berkaitan dengan khidmat perundingan dan pembinaan homepej oleh saya, panduan mengenai khidmat tapak web percuma, senarai laman web menarik, serta rantaian kepada khidmat e-mel percuma oleh Yahoo! Kedua pada bahagian bawah bingkai paparan terdapat menu grafik bewarna keemasan yang memaparkan nombor telefon dan faks saya.Di bahagian bingkai sebelah atas pula terdapat lima menu utama yang empat daripadanya membawa anda ke laman-laman yang mengandungi khidmat perundingan: seminar undang-undang syarikat, penerbitan undang-undang syarikat, perundingan syarikat, dan penubuhan syarikat. Menu kelima membawa anda mengenali secara ringkas personaliti di sebalik laman web ini, Md. Rodzi Harun. Di bahagian sebelah bawah bingkai terdapat menu-menu yang membawa anda ke laman-laman interaktif seperti e-mel, buku pelawat, kontak, profil, dan laman khas mengenai Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC). Selain daripada menu dan submenu yang tertera di paparan utama laman web ini, terdapat juga berbagai menu dalam laman-laman tertentu. Bagi memastikan anda tidak sesat dalam laman web ini, biar ke mana sahaja laman yang anda kunjungi, bingkai atas, kiri dan bawah sentiasa terpampang. Begitu juga pada tiap-tiap bahagian atas sebelah kiri helaian laman terdapat butang khas yang jika diklik akan membawa anda kembali ke laman utama.
 
 
RODZI.COM hadir sebagai wadah penyampai ilmu, perunding cara, dan pembina sumber rujuk syarikat. Ke arah itu saya mengembleng segala keupayaan anugerah Illahi untuk menyemai, menyubur, dan memekar pengetahuan dan maklumat mengenai syarikat dari perspektif undang-undang dan pengurusan, di kalangan (dan untuk) semua, dengan merentas batas pengalaman dan akademik.
 
RODZI.COM biarpun sesungguhnya adalah replika saya, Md. Rodzi Harun, tetapi lebih merupakan suatu entiti web yang terpisah dari lingkaran peribadi saya. RODZI.COM adalah prasarana interaktif melalui maya yang cuba menemukan anda semua dalam satu impian dan cita untuk mengangkat martabat keilmuan dan keprofesionalan dalam amalan bersyarikat! Jika anda seorang Setiausaha Syarikat, di sinilah tempatnya untuk anda memperoleh bekalan profesion anda. Bagi anda yang bergelar (atau bakal bergelar) Pengarah Syarikat, diharapkan agar di sinilah juga tempat anda singgah sambil sesekali mengintai dari laman ke laman. Semoga laman-laman yang anda lewati memberi manfaat kepada anda dalam menjalankan tugas jawatan anda sebagai seorang Pengarah Syarikat. Pun jika anda seorang pelajar barangkali anda elok singgah di laman web ini, kerana di sini tersaji segalanya yang anda perlukan. Tidak kira siapa anda, RODZI.COM mengharapkan semoga laman web ini membawa manfaat yang sesungguhnya buat anda. Selamat menerokai dari laman ke laman...
 
Homepej RODZI.COM direkabentuk, dikarang, disenggara dan dibiayai oleh saya. Laman web ini ditaja secara percuma oleh HYPERMART.NET, USA. Homepej RODZI.COM mempunyai kapasiti storan 10 MB dengan talian sambungan T3.
 
Dalam usaha menjadikan RODZI.COM sebagai sumber rujuk yang terkemaskini dan menarik, saya cuba mengemaskinikannya tiap-tiap hari atau jika saya tidak mempunyai masa yang sesuai, saya cuba juga mengemaskinikannya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Begitu juga bagi memastikan homepej RODZI.COM ini menarik, saya cuba mengubahsuai konsep reka bentuk dan grafiknya dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Saya mengharapkan anda sudi memberikan komen dan pandangan yang bernas supaya sesuatu boleh saya usahakan untuk bukan saja menjadikannya komprehensif dan terkemaskini tetapi juga menarik.