Make your own free website on Tripod.com
ke laman utama syarikat.com
 
 
Anda mungkin berpendapat bahawa mewujudkan sebuah syarikat adalah semudah menyediakan dokumen-dokumen berkaitan dan kemudiannya didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC)!

RODZI.COM melakukan lebih daripada itu!

Tahukah anda bahawa tidak kurang daripada 60% syarikat di Malaysia tidak aktif! Hidup segan mati tak mahu! Kerana apa? Daripada kajian rambang RODZI.COM segalanya berpunca daripada sikap tidak hati-hati dalam menubuhkan syarikat; sama ada kerana terlalu ghairah untuk menubuhkan syarikat atau (paling penting) kerana tidak mendraf perlembagaan syarikat atau mendrafnya secara yang semberono. Tahukah anda bahawa pertikaian boleh berlaku di kalangan pengarah berpunca daripada ketidaksesuaian perlembagaan sesebuah syarikat dengan pengarah-pengarah dan pemegang syernya.

RODZI.COM berpendapat bahawa syarikat yang baik bagi anda ialah sebuah syarikat yang bukan sahaja didaftarkan tetapi dibentuk mengikut kehendak anda dan kehendak perniagaan anda...

Pembentukan sesebuah syarikat yang baik bergantung kepada sejauh mana baiknya perlembagaan syarikat (Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan atau Memorandum and Articles of Association) dibentuk. Perlembagaan syarikat anda perlu dibentuk dengan berhati-hati dan penuh bijaksana mengikut kehendak anda dan perniagaan anda, secara yang khusus!

Di RODZI.COM anda akan mendapat khidmat runding cara terlebih dahulu sebelum syarikat anda ditubuhkan. Anda akan diberi pilihan untuk menentukan bentuk khusus syarikat yang menepati selera anda. RODZI.COM tidak akan menubuhkan syarikat secara 'salin dan pelekat' (copy and paste) sahaja! RODZI.COM sesungguhnya berpendapat bahawa menubuhkan syarikat adalah suatu kerja sukar dan perlu dilaksanakan dengan penuh teliti dan kepakaran!