Make your own free website on Tripod.com
ke laman utama syarikat.com  
   
 
   
Anda musykil mengenai syarikat? Anda ingin menubuhkan syarikat (?) tetapi anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai buruk baiknya syarikat sebagai struktur perniagaan anda? Syarikat anda bermasalah? Anda bermasalah dalam syarikat? Anda ingin mengubah struktur syarikat anda? Anda ingin mendraf semula perlembagaan (Memorandum & Articles of Association) syarikat anda supaya sesuai dengan kehendak anda atau aspirasi syarikat anda? Anda bercadang mendraf perlembagaan syarikat anda dalam bahasa Melayu yang mudah? Anda mempunyai masalah undang-undang berkaitan dengan syarikat anda? RODZI.COM bersedia memberikan khidmat runding cara kepada anda dalam apa juga perkara yang berkaitan dengan syarikat anda pada caj yang berpatutan.  
   
RODZI.COM menyampaikan khidmat perundingan undang-undang syarikat kepada dua khalayak utama. Pertama pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat, serta orang perseorangan yang mempunyai masalah atau kemusykilan mengenai syarikat. Kedua setiausaha syarikat sendiri yang memerlukan perkhidmatan perundingan sebagai membantu mereka menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam melaksanakan kewajipan mereka kepada pelanggan masing-masing.
   
 
   
Pada amnya RODZI.COM sedia menyampaikan khidmat perundingan undang-undang syarikat secara yang menyeluruh. Apa sahaja masalah atau kemusykilan anda akan ditangani oleh RODZI.COM secara yang profesional. Khidmat perundingan oleh RODZI.COM meliputi hal-hal kesetiausahaan syarikat, mendraf atau mengubahsuai perlembagaan syarikat, mendraf perjanjian hal-ehwal syarikat, mendraf dokumen dan surat cara syarikat, terjemahan dokumen dan suratcara syarikat, litigasi syarikat, khidmat nasihat lisan, khidmat nasihat khusus untuk setiausaha syarikat, dan berbagai lagi.  
 
 
RODZI.COM sentiasa bersedia menyampaikan khidmat perundingan secara bersemmuka di tempat pilihan anda atau melalui e-mel, fax dan bentuk komunikasi yang lain. Sebagai wadah maya RODZI.COM akan memanfaatkan sepenuhnya bentuk penyaluran khidmat perundingan melalui web.
 
Jika anda memerlukan khidmat RODZI.COM, kenapa tidak hubungi RODZI.COM sekarang!