Make your own free website on Tripod.com
ke laman utama syarikat.com
   
 
RODZI.COM lahir di tengah-tengah arus IT yang melanda dunia sejagat. RODZI.COM menyahut cabaran IT dengan memperkenalkan program, khidmat dan sumber rujukan melalui maya. RODZI.COM cuba membuktikan kepada semua bahawa apa juga bentuk urusan boleh dilaksanakan secara berkesan melalui perantaraan web. RODZI.COM lahir secara unik dan tentunya untuk yang unik juga!
 
 
 
Era ini adalah era korporat. Dalam era ini, pengetahuan dan maklumat adalah prasyarat pengurusan diri dan organisasi. Salah satu cabang pengetahuan dan maklumat yang wajar diketahui, dikuasai dan dimiliki ialah pengetahuan dan maklumat Undang-undang Syarikat. Ini kerana syarikat bukan sekadar suatu bentuk struktur perniagaan popular, tetapi syarikat juga berperanan sebagai warga korporat. Lebih jauh daripada itu undang-undang sendiri menyifatkan seseorang yang berurusan dengan syarikat sebagai mengetahui maklumat korporat syarikat yang terkini walaupun seseorang itu sebenarnya tidak mengetahuinya!   

Daripada pengamatan RODZI.COM, pengetahuan dan maklumat undang-undang syarikat di kalangan masyarakat terutamanya golongan usahawan, peniaga, pegawai kerajaan / swasta dan ahli profesional masih jauh daripada mencukupi. RODZI.COM menjejak empat halangan utama kepada herotan keadaan ini:      

  • kurangnya usaha penggalakan dan pengembangan pengetahuan dan maklumat undang-undang syarikat, baik oleh agensi kerajaan mahupun oleh pihak swasta 
  • pengetahuan dan maklumat undang-undang syarikat wujud dan disampaikan dalam bentuk yang terlalu tegar dengan jargon dan laras bahasa undang-undang yang terlalu asing kepada kebanyakan orang yang tidak mempunyai latar belakang undang-undang 
  • hampir semua bentuk wahana pengetahuan dan maklumat undang-undang adalah dalam bahasa Inggeris 
  • terdapat pemisahan perspektif antara undang-undang dengan pengurusan sedangkan kedua-dua unsur tersebut sepatutnya saling genap-menggenapi 

Keempat-empat halangan tersebut bagi RODZI.COM adalah suatu kekosongan yang perlu diisi. RODZI.COM mengambil inisiatif tangkas untuk menanganinya, bagi mengisi kekosongan itu, pastinya dengan sokongan anda...   

Begitulah kemunculan dan kehadiran RODZI.COM di maya...

 
 
"Bagi RODZI.COM undang-undang syarikat lebih merupakan suatu mekanisme korporat yang boleh dan perlu diurus. RODZI.COM memperkenalkan, dengan cara tersendiri, program, khidmat dan sumber rujukan syarikat dalam bentuk program seminar dan penerbitan undang-undang syarikat, dan khidmat perundingan dan penubuhan syarikat serta sumber rujukan undang-undang syarikat yang menyatukan sambil mengharmonikan undang-undang dengan pengurusan dalam bentuk yang popular dan suai manfaat untuk semua, tanpa halangan batasan akademik, pengalaman dan profesion. RODZI.COM percaya bahawa pengetahuan dan maklumat undang-undang syarikat perlu disebarkan secara yang merata, diurus dengan bijaksana, melalui pendekatan yang unik, kreatif, menarik, tetapi komprehensif dan mudah. RODZI.COM membantu pelanggannya mengurus undang-undang dan pengurusan syarikat mereka, sejajar dengan undang-undang dan bertepatan dengan kehendak mereka, sebagai orang yang berurusan dengan atau mengurus syarikat."
 
 
"Untuk menjadi wadah sumber rujuk undang-undang syarikat dalam bahasa Melayu untuk semua"
 
 
"Untuk menggalakkan dan mengembangkan pengetahuan dan maklumat undang-undang syarikat melalui program seminar dan penerbitan Undang-undang Syarikat, dan memberikan khidmat perundingan dan penubuhan syarikat secara yang mapan, cekap dan bertanggungjawab."
 
 
  • Untuk menjadi penyampai ilmu, pembina sumber rujuk ilmu, perunding, dan pengkhidmat yang ulung dan tersohor di Malaysia 
  • Untuk merealisasikan penggunaan bahasa Melayu sebagai wahana hal-ehwal korporat syarikat di Malaysia
 
  • Untuk mengadakan program seminar bagi menggalakkan dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan penghargaan terhadap undang-undang syarikat di kalangan warga korporat dan masyarakat umum 
  • Untuk menghasilkan penulisan undang-undang syarikat bagi mewujudkan khazanah sumber rujukan yang lengkap dan suai manfaat kepada sesiapa sahaja yang mengurus atau berurusan dengan syarikat 
  • Untuk memberikan khidmat perundingan undang-undang syarikat bagi membantu pengarah-pengarah, pengurus-pengurus, setiausaha-setiausaha dan pegawai-pegawai syarikat mengurus dan membuat keputusan yang sejajar dengan undang-undang dan kebijaksanaan pengurusan 
  • Untuk menyediakan khidmat penubuhan syarikat yang berteraskan prinsip Islam, syarikat istimewa, dan syarikat untuk tujuan khas bagi mengoptimumkan keberkesanan struktur perniagaan dalam bentuk syarikat
 
 
  • Seminar Undang-undang syarikat 
  • Penerbitan Undang-undang Syarikat   
  • Perundingan Syarikat 
  • Penubuhan Syarikat