ke laman utama syarikat.com
 
 
Ledakan pembangunan ekonomi sememangnya diiringi oleh pertumbuhan dan perubahan dalam sektor korporat. Kedua-dua perkembangan ini pasti sekali menuntut pengisian pengetahuan dan maklumat oleh sesiapa sahaja warga korporat yang ingin turut serta bersama arusnya. SYARIKAT.COMpercaya bahawa, memandangkan syarikat merupakan struktur dan mekanisme korporat, maka pengetahuan dan maklumat mengenainya adalah penting dan menjadi suatu keperluan kepada sesiapa sahaja yang mengurus atau berurusan dengan syarikat atau berkepentingan dalam syarikat. Salah satu aspek pengetahuan dan maklumat yang relevan dan dominan ialah pengetahuan dan maklumat undang-undang syarikat. Menyedari hakikat ini, SYARIKAT.COM memperkenalkan program Seminar Undang-undang Syarikat bagi mendedahkan dan memperkayakan pengetahuan dan maklumat mengenai hal-ehwal syarikat daripada perspektif undang-undang syarikat.

PENDEKATAN SEMINAR

SYARIKAT.COM sentiasa percaya dan iltizam bahawa cara terbaik untuk menyebarluaskan pengetahuan dan maklumat undang-undang syarikat adalah melalui program seminar yang tidak mengenal batas dan kekangan latar belakang akademik dan pengalaman peserta. Bagi SYARIKAT.COM, pengetahuan dan maklumat undang-undang syarikat perlu disebarluaskan secara merata, untuk semua, tanpa syarat ilmiah mahupun pengalaman. Paling utama, ianya perlu disampaikan melalui pendekatan yang di luar kongkongan disiplin ilmiah, tetapi sebaliknya menyepadukannya dengan pendekatan yang lebih objektif dan kreatif, tetapi mudah dan menarik.
 
OBJEKTIF PROGRAM

Menyampaikan pengetahuan dan maklumat hal-ehwal syarikat daripada perspektif undang-undang syarikat kepada masyarakat umum yang merupakan pengguna dalam sektor korporat, dan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan hal-ehwal korporat syarikat.

  • Menyampaikan pengetahuan dan maklumat undang-undang syarikat kepada ahli profesional yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan dan pentadbiran hal-ehwal korporat syarikat.
  • Menyampaikan pengetahuan dan maklumat amalan dan prosedur syarikat kepada ahli profesional yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan dan pentadbiran hal-ehwal korporat syarikat.
  • Menyampaikan pengetahuan dan maklumat undang-undang syarikat secara profesional kepada ahli profesional yang memerlukan pendedahan dan kefahaman mendalam mengenainya.

RUANG LINGKUP SEMINAR

Kami menyusun program Seminar Undang-undang Syarikat kepada tujuh kategori:  

  • Penerangan Asas Syarikat
  • Seminar Hal-Ehwal Syarikat
  • Seminar Undang-undang Syarikat
  • Seminar Amalan & Prosedur Syarikat
  • Seminar Eksklusif Amalan Syarikat
  • Sijil Undang-undang Syarikat
  • Sijil Amalan Kesetiausahaan Syarikat 

Penerangan Asas Syarikat

Program ini lebih merupakan program kebajikan kami untuk menyebarluaskan pengetahuan dan maklumat asas mengenai syarikat daripada perspektif undang-undang. Program ini ditujukan khusus untuk khalayak umum masyarakat di pelbagai peringkat. Program ini disediakan atas permintaan atau jemputan organisasi atau pihak yang difikirkan layak oleh kami.

Seminar Hal Ehwal Syarikat

Program seminar ini ditujukan kepada khalayak umum yang tidak mempunyai asas dalam undang-undang syarikat. Antara khalayaknya ialah orang awam, usahawan atau bakal usahawan, pegawai kerajaan yang berurusan dengan syarikat, dan ahli profesional yang memerlukan pendedahan asas mengenai hal-ehwal syarikat daripada perspektif undang-undang syarikat.

Seminar Undang-undang Syarikat

Program ini ditujukan khusus kepada individu-individu yang mempunyai asas dalam undang-undang syarikat, pengarah atau pegawai korporat syarikat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan dan pentadbiran hal-ehwal korporat syarikat, pegawai kerajaan yang terlibat dalam pengurusan hal-ehwal korporat syarikat milik kerajaan, dan ahli profesional yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran hal-ehwal korporat syarikat.

Seminar Amalan & Prosedur Syarikat

Program ini dibentuk sebegitu rupa yang bersesuaian dengan khalayak peserta yang sudah mempunyai asas dalam undang-undang syarikat, terutamanya setiausaha syarikat, pegawai undang-undang, kakitangan firma guaman dan pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam tugas-tugas kesetiausahaan syarikat.

Seminar Eksklusif Amalan Syarikat

Program ini mengetengahkan unsur-unsur undang-undang yang selain daripada undang-undang syarikat tetapi berkaitan dengan amalan syarikat. Program ini dirangka khusus untuk berbagai khalayak, sama ada pegawai kerajaan, ahli profesional dan orang awam. Tajuk-tajuk seminar meliputi undang-undang yang berkaitan dengan dunia komersial yang mempunyai kaitan rapat dengan hal-ehwal korporat syarikat.

Sijil Undang-undang Syarikat

Program ini merupakan seminar komprehensif dan intensif bermodul dengan pendekatan yang lebih mendalam dan praktikal. Program ini dibentuk supaya bersesuaian dengan ahli profesional atau orang perseorangan yang telah mempunyai pengetahuan dan maklumat yang komprehensif mengenai undang-undang syarikat. Program ini sesuai disertai oleh setiausaha syarikat atau pegawai kerajaan / swasta yang terlibat secara langsung dalam pengurusan & pentadbiran hal-ehwal korporat syarikat.

Sijil Amalan Kesetiausahaan Syarikat

Program ini merupakan seminar komprehensif dan intensif bermodul dengan pendekatan yang lebih mendalam dan praktikal. Kandungan program ini merangkumi aspek-aspek praktikal undang-undang syarikat yang berkaitan dengan amalan kesetiausahaan syarikat. Program ini dibentuk supaya bersesuaian dengan ahli profesional atau orang perseorangan yang telah mempunyai pengetahuan dan maklumat yang komprehensif mengenai amalan dan prosedur syarikat. Program ini sesuai disertai oleh setiausaha syarikat atau pegawai kerajaan / swasta yang terlibat secara langsung dalam pengurusan & pentadbiran hal-ehwal korporat syarikat.

BENTUK PROGRAM

Semua dan tiap-tiap satu daripada tajuk seminar bagi semua dan tiap-tiap kategori program dikendalikan dalam tiga bentuk:  

  • Seminar Terbuka
  • Seminar Bersama Organisasi
  • Seminar Untuk Pelanggan Setiausaha Syarikat
  • Seminar Dalam Organisasi

Seminar Terbuka dianjurkan dan dikendalikan sendiri oleh SYARIKAT.COM. Penyertaannya terbuka kepada umum. Seminar Bersama Organisasi dianjurkan oleh SYARIKAT.COM bersama-sama dengan mana-mana organisasi yang berminat. Penyertaannya juga terbuka kepada umum. Seminar Untuk Pelanggan Setiausaha Syarikat lebih mirip kepada Seminar Bersama Organisasi. Bezanya melalui seminar ini, SYARIKAT.COM bekerjasama dengan mana-mana firma setiausaha yang berminat untuk mengendalikan seminar untuk pelanggan-pelanggan mereka (pengarah-pengarah kepada syarikat yang mereka menjadi setiausaha) dengan kerjasama dengan SYARIKAT.COM. Seminar Dalam Organisasi dianjurkan oleh mana-mana organisasi yang berminat. SYARIKAT.COM hanya bertindak sebagai pengendali seminar. Penyertaan seminar ini terhad kepada kakitangan organisasi penganjur berkenaan sahaja.