ke laman utama syarikat.com
KE LAMAN BERIKUTNYA
 
PROSIDING DALAM PENGGULUNGAN SUKARELA OLEH ANGGOTA

Langkah serta-merta selepas perlantikan Penyelesai

Apabila prosedur awal (seperti yang dibincangkan dalam perenggan 35-41) telah disempurnakan, penyelesai hendaklah:

  • Menyenaraikan penyumbang jika terdapat apa-apa syer yang tidak berbayar penuh dan, memanggil amaun yang kena dibayar itu oleh penyumbang (rujuk s214 untuk tujuan penyenaraian penyumbang). Maklumkan kepada mereka mengenai perkembangan proses penggulungan.
  • Mengiklankan notis dalam akhbar tempatan meminta pemitang untuk mengirimkan tuntutan masing-masing dalam tempoh 30 hari. Kirimkan sesalinan notis itu melalui pos kepada tiap-tiap pemiutang yang diketahui.
  • Selepas menyiasat hal-ehwal syarikat, jika penyelesai berkeyakinan yang terdapat kemungkinan yang dia perlu berurusan dengan si penghutang dan pemiutang dengan secara sendirinya, aturkan supaya anggota-anggota syarikat meluluskan ketetapan khas yang berikut:

"Bahawa penyelesai dengan ini diberikuasa di bawah peruntukan seksyen 269(1)(a) untuk menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 236(1)(b)-(e) Akta Syarikat 1965."

Failkan sesalinan ketetapan itu (dalam Borang 11) kepada Pendaftar Syarikat.

  • Kawalselia meterai biasa (common seal) dan semua buku-buku dan kertas terutamanya dokumen-dokumen hakmilik dan dokumen lain yang bernilai.
  • Uruskan pungutan hutang yang kena dibayar kepada syarikat dan ambil langkah untuk menjamin kawalan ke atas semua aset-aset syarikat yang diketahui dan pastikan keselamatannya. Jika apa-apa barangan syarikat telah diambil oleh bailif (bailiff ) dalam penyempurnaan (execution), sampaikan notis kepada bailif itu sebelum jualan barangan itu atau penyempurnaan (execution) bagi mend