ke laman utama syarikat.com
TAMAT: KEMBALI KE LAMAN PERTAMA
 
TUGAS TERAKHIR

Sebagai langkah terakhir dalam tugasnya penyelesai hendaklah mengambil tindakan yang berikut:

  1. Semak semua fail dengan teliti bagi memastikan semua perkara telah disempurnakan dan semua aset terutamanya hutang buku (book debts) telah dihimpun.
  2. Pastikan semua pemiutang telah diberi notis supaya mengemukakan tunttutan mereka dan semua langkah telah diambil untuk emmastikan pemiutang-pemiutang yang belum menuntut mengetahui yang kes penggulungan akan ditutup. Notis lanjut mengenai tarikh akhir penerimaan tuntutan hendaklah dikirimkan kepada alamat terakhir pemiutang yang diketahui atau bagi syarikat berhad, kepada pejabat berdaftarnya.
  3. Dapatkan penjelasan (clearance) daripada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri mengenai semua perkara berkaitan dengan cukai termasuk real property gain tax on capital gains yang timbul daripada jualan aset dan liabiliti cukai yang ditolak daripada bayaran.
  4. Adakan mesyuarat agung anggota-anggota untuk meluluskan ketetapan untuk menetapkan saraan yang akan dibayar kepada penyelesai jika hal itu tidak ditetapkan sebelumnya: s258 (1).
  5. Agihkan apa-apa aset yang terbaki di kalangan anggota syarikat menurut hak masing-masing seperti yang diperuntukkan dalam Perkara-perkara Persatuan: s264.
  6. Sebaik sahaja semua hal-ehwal syarikat telah digulung sepenuhnya, penyelesai hendaklah menyediakan dan membuat akaun yang menunjukkan bagaimana penggulungan itu dijalankan dan harta syarikat dilupuskan. Selepas itu panggil mesyuarat syarikat yang terakhir untuk membentangkan akaun dan berikan apa-apa penjelasan menganinya: s272 (1). Notis mesyuarat terakhir itu boleh dibuat melalui iklan akhbar yang edarannya di seluruh Malaysia sekurang-kurangnya sebulan sebelum mesyuarat dengan memberikan masa, tempat dan tujuan mesyuarat: 272 (2). Notis itu juga perlu diberikan kepada penyumbang bersama-sam dengan penyata akaun penyelesai yang meliputi keseluruhan proses pengghulungan. Kegagalan untuk memanggil mesyuarat terakhir ini akan membawa penalti RM 2000 dengan penalti ingkar: s272 (8).
  7. Dalam mesyuarat terakhir itu, bentangkan penyata akaun dan berikan penjelasan mengenainya (s272 (1)); dan luluskan ketetapan biasa yang memberikuasa untuk memusnahkan buku dan rekod syarikat dan penyelesai (s284 (3)(b).
  8. Dalam tempoh tujuh hari selepas mesyuarat terakhir itu, serahkan kepada pendaftar Syarikat dan Pegawai Penerima Borang 69 bersama-sama degan penyata akaun penyelesai: s272 (4). Ambil ingatan bahawa jika tiada korum pada mesyuarat terakhir itu, penyata akaun dan Borang 69 hendaklah diserahkan dengan Pendaftar Syarikat dan Pegawai Penerima dalam tempoh tujuh hari berkenaan. Korum mesyuarat terakhir hendaklah dua orang:.
  9. Jika ketetapan biasa untuk memusnahkan buku di s272 (4)luluskan, serahkan kepada Pendaftar Syarikat Borang 11 dalam tempoh sebulan daripada tarikh mesyuarat terakhir: s154 (1).
  10. Akaun penerimaan dan pembayaran penyelesai dan pernyataan kedudukan penggulungan (Borang 75) yang dibuat pada tarikh mesyuarat terakhir itu hendaklah diserah kepada Pendaftar Syarikat dan Pegawai Penerima dalam tempoh lima tahun daripada tarikh mesyuarat terakhir: s281 (1).
  11. Jika ketetapan untuk memusnahkan buku tidak diluluskan, maka buku itu perlu disimpan selama lima tahun daripada tarikh pembubaran syarikat: s284 (2).
  12. Bayar apa-apa dana yang tidak dituntut atau yang tidak diagihkan kepada Akaun Penyelesaian Syarikat dalam Borang 76 (terutamanya aset tidak dituntut yang kena dibayar ke dalam Akaun Penyelesaian Syarikat) dan dapatkan resit perakuan: s286 (1).
  13. Selepas tamat tempoh tiga bulan daripada penyerahan Borang 69 dengan Pendaftar Syarikat dan Pegawai Penerima, syarikat adalah disifatkan sebagai telah dibubarkan: s272 (5).

md rodzi harun

114 taman pulai jaya

jalan langgar

05460 alor setar

kedah darul aman

larut malam 3 oktober 1996

untuk anak-anakku

Ariff dan Syafiq

yang selalu ditinggalkan

dan Nur Ilham Syifa

yang jauh di mata tapi dekat di hati

Al-Fatihah

mengenang Allahyarham isteriku Noorasma

tanpmu siapalah aku .....