ke laman utama syarikat.com
 
 
No Tindakan Seksyen Borang Perihal Tindakan
         
1

Majoriti Pengarah-pengarah perlu membuat Perakuan Kesolvenan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah.

257 66 Serah kepada ROC sebelum mengirim notis MALB (Ketetapan Khas Untuk Penggulungan)
2 Adakan MALB untuk meluluskan Ketetapan Khas untuk Penggulungan Sukarela oleh Anggota. 257(3)(b)   Perakuan Berkanun hanya sah selama 5 minggu. Dalam tempoh itu MALB perlu diadakan.
3 Selepas Ketetapan Khas dalam MALB diluluskan, sediakan Borang 11. 254(2)(a)(b) 11 Serah Borang 11 kepada ROC dalam tempoh 7 hari selepas MALB.

Dalam tempoh 10 hari: 1. Iklankan Ketetapan Khas. 2. Ikalankan Notis (meminta pemiutang membuat tuntutan dalam tempoh 30 hari selepas tarikh notis berkenaan) dalam akbar tempatan.

4 Selepas Ketetpan Khas Melantik Pelikuidasi diluluskan, sediakan Borang 71 280(1) 71 Serahkan kepada ROC dan Pegawai Penerima dalam tempoh 14 hari selepas Pelikuidasi dilantik.
5 Siapkan Cop Getah yang terukir ungkapan "Dalam Penggulungan". Pastikan semua notis, invois, kepala surat dicop dengan cop berkenaan selepas ( di hujung atau di bawah) nama syarikat. 283(1)   Secepat mungkin selepas pelikuidasi dilantik.
6 Dapatkan pelepasan daripada jabatan atau agensi kerajaan berkaitan (misalnya: LHDN, KWSP, SOCSO).     Pelepas ini penting untuk memastikan semua hutang kepada jabatan atau agensi kerajaan berkenaan telah diselesaikan.
7 Sediakan Penyata Akaun Pelikuidasi 281(1) 75 Dalam tempoh sebulan selepas tamat tempoh 6 bulan daripada tarikh perlantikan Pelikuidasi. Pada tiap-tiap 6 bulan yang berikutnya, serahkan kepada ROC dan Pegawai Penerima Penyata Akaun yang sama.
8 Jika proses penggulungan melewati setahun, Pelikuidasi perlu memanggil Mesyuarat Agung. 271   Pelikuidasi perlu memanggil Mesyuarat Agung di hujung tahun pertama daripada bermulanya penggulungan dan tiap-tiap hujung tahun berikutnya, atau tidak lewat daripada 3 bulan selepas akhir tahun berkenaan.
9 Sediakan Borang 73 jika terdapat perubahan alamat Pelikuidasi. 280(1) 73 Serahkan Borang 73 kepada ROC dalam tempoh 14 hari selepas berlakunya perubahan alamat.
10 Sediakan Borang 74 jika terdapat sebarang perletakan jawatan atau penyingkiran Pelikuidasi. 280(3) 74 Serahkan Borang 74 kepada ROC dalam tempoh 14 hari selepas perletakan jawatan atau penyingkiran Pelikuidasi.
11 Sediakan Borang 76 dan Borang Wang Tak Dituntut jika terdapat sebarang wang atau dividen yang tak dituntut. 286(1) 76 & Borang Wang Tak Dituntut Serahkan kepada Pegawai Penerima apa-apa wang atau dividen yang tak dituntut yang masih tidak dituntut melebihi 6 bulan. Masukkannya dalam Akaun Pelikuidasi. Dapatkan Perakuan Penerimaan daripada Pegawai Penerima.
12 Adakan Mesyuarat Akhir (Mesyuarat Penamat) 272(2)   klankan Notis Mesyuarat Akhir dalam akhbar selewat-lewatnya sebulan sebelum mesyuarat berkenaan.
12(a)   272(3) 69 & Penyata Penerimaan dan Bayaran Serahkan kepada ROC dan Pegawai Penerima dalam tempoh 7 hari selepas Mesyuarat Akhir
12(b)   154(1) 11 (jika Ketetapan Biasa untuk memusnahkan buku-buku diluluskan) Serahkan kepada ROC dalam tempoh sebulan selepas Mesyuarat Akhir.
12(c)   281(1) 75 Serahkan Borang 75 kepada ROC dan Pegawai Penerima dalam tempoh sebulan selepas Mesyuarat Akhir