Make your own free website on Tripod.com
Siapakah Setiausaha Syarikat? Di sisi undang-undang Setiausaha Syarikat adalah seorang pegawai pentadbir yang mempunyai kuasa dalam semua perkara-perkara pentadbiran syarikat. Seorang Setiausaha Syarikat sepatutnya adalah seorang penasihat dan pengamal Undang-undang Syarikat!
Saya bersedia InsyaAllah untuk menjadi Setiausaha Syarikat yang sedemikian, pastinya dengan sokongan anda. Saya berpegang kepada hakikat bahawa menjadi seorang Setiausaha Syarikat adalah sukar kerana terlalu banyak tuntutan yang perlu dipenuhi dan dipatuhi! Ini kerana tugas seorang Setiausaha Syarikat bukan sekadar mengisi borang, menubuhkan syarikat (dengan sekadar mengisi borang dan meniru perlembagaan syarikat), menyerahkan dokumen berkanun kepada ROC, mengemaskini daftar syarikat, mengurus hal-ehwal perakaunan dan percukaian syarikat. Walaupun itu adalah sebahagian daripada tugas Setiausaha Syarikat tetapi seseorang Setiausaha Syarikat perlu melakukan lebih daripada itu. Pada amnya seseorang Setiausaha Syarikat perlu fasih dalam ilmu Undang-undang dan Amalan Kesetiausahaan Syarikat. Paling kurang seseorang Setiausaha Syarikat perlu fasih dalam selok-belok undang-undang berkaitan dengan perlembagaan syariikat, saham syarikat, kepengarahan syarikat, dan mesyuarat syarikat.
 
Khidmat Kesetiausahaan Syarikat
 
Saya bersedia memberikan khidmat kesetiausahaan syarikat secara yang istimewa kepada syarikat anda. Antara khidmat yang boleh saya berikan kepada anda meliputi: menyedia dan menyenggara minit mesyuarat; mengurus penerbitan dan pemindahan sijil syer dan debentur; menyimpan dan menyenggara daftar anggota-anggota, daftar pengarah-pengarah, pengurus dan setiausaha, daftar pemegang debentur, daftar gadaian, dan daftar-daftar lain; menyimpan rekod kontrak perkhidmatan pengarah eksekutif; mengatur urusan pendedahan kepentingan pengarah; mengirim notis mesyuarat, salinan akaun, dsb; mengemaskini perlembagaan syarikat; menyedia dan menyerah Penyata Tahunan dan dokumen dan penyata yang lain kepada ROC; menyediakan berbagai penyata dan dokumen yang dikehendaki oleh jabatan kerajaan berkenaan; memperakukan salinan sah dokumen syarikat; dan berbagai lagi.
 
Saya juga bersedia memberi khidmat nasihat dalam semua hal yang berkaitan dengan Undang-undang dan Kesetiausahaan Syarikat.
 
Jika anda berkehendakkan supaya hal-hal kesetiausahaan syarikat anda diurus secara yang istimewa jangan segan untuk menghubungi saya.