Make your own free website on Tripod.com
ke laman utama syarikat.com
 
 
Melalui laman ini anda akan dapat mengikuti soal jawab Undang-undang Syarikat. Soalan-soalan yang diberi jawapan adalah sama ada soalan-soalan yang dipetik daripada soalan yang dikemukakan ke laman Kemusykilan Syarikat atau soalan-soalan yang lazimnya memusykilkan kebanyakan orang. Laman ini tentunya akan berubah dari semasa ke semasa sebaik sahaja soalan dan jawapan yang bersesuaian diperolehi. Anda perlu sentiasa mengunjungi laman ini kerana ianya akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
 
SOALAN 1
Selepas menerima Perakuan Pemerbadanan Syarikat (Borang 9) ditemui beberapa kesilapan sama ada dalam proses penubuhannya atau dalam pengeluaran perakuan berkenaan. Adakah syarikat berkenaan sah pemerbadanannya?
 
JAWAPAN
Apabila Perakuan Pemerbadanan Syarikat (Borang 9) telah diperolehi tiada sebarang pertikaian mengenai kesahan pemerbadanan syarikat berkenaan akan mengtaksahkannya. Dalam erti kata yang mudah syarikat berkenaan tetap menjadi sebuah syarika yang sah di sisi undang-undang. Ini kerana seksyen 16 kepada Akta mengiktiraf Perakuan Pemerbadanan (Borang 9) sebagai suatu "keterangan muktamad" yang tidak boleh dicabar (untuk tidak mengesahkannya). Begitu juga Penolong Pendaftar Syarikat yang menandatanganinya tidak perlu bimbang untuk mengeluarkan perakuan berkenaan jika "semua kehendak mengenai pendaftaran" telah dipatuhi. Malah jika beliau menandatanganinya di waktu cutipun tidak akan menjejaskan kesahan perakuan berkaitan. Ini kerana di sisi undang-undang tarikh yang tercatat pada perakuan berkenaan adalah suatu "keterangan muktamad: manakala tarikh sebenar tugas menandatangani perakuan itu dilakukan adalah "tidak material". Nampaknya ungkapan "keterangan muktamad" dalam seksyen 16 itu merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk mempercepatkan proses penubuhan syarikat. Di samping itu ungkapan itu menyelamatkan si penandatangan perakuan daripada menanggung sebarang laibiliti di sisi undang-undang.