Make your own free website on Tripod.com
 
Melalui laman web syarikat.com ini anda akan dihidangkan dengan sumber rujukan yang komprehensif mengenai syarikat dari perspektif undang-undang. Sumber rujukan yang dimuatkan terbahagi kepada -
 
Laman Risalah Asas Syarikat memuatkan risalah-risalah asas yang perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang mengurus atau berurusan dengan syarikat. Soal Jawab Syarikat pula merupakan laman yang memuatkan soal jawab kepada kemusykilan umum yang lazimnya menjadi tanda tanya kepada kebanyakan orang dalam mengurus atau berurusan dengan syarikat. Kuliah Asas Undang-undang Syarikat mengandungi lebih kurang 20 siri kuliah mengenai asas Undang-undang Syarikat yang sesuai untuk semua tanpa perlu mempunyai apa-apa latar belakang undnag-undang. Kuliah Teras Undang-undang Syarikat memuatkan lebih kurang 20 siri kuliah yang lebih mendalam mengenai Undang-undang Syarikat. Taraf kandungan Kuliah Teras adalah tidak kurang daripada sukatan pengajian Undang-undang Syarikat di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kes Mahkamah memuatkan ringkasan kes mahkamah yang dianggap penting dan sesuai untuk rujukan semua orang. Koleksi Makalah Syarikat mengandungi himpunan kertas kerja atau makalah atau risalah yang pernah saya tulis. Sebahagian daripadanya sesuai diikuti oleh semua orang dan sebahagian yang lain pula adalah lebih teknikal kandungannya. syarikat.com cuba juga untuk menghasilkan manual amalan Kesetiausahaan Syarikat yang komprehensif dan boleh dijadikan panduan amalan profesion Setiausaha Syarikat.
 
Selamat merujuk!