Make your own free website on Tripod.com
ke laman utama syarikat.com
 
 
SYARIKAT.COM hadir sebagai wadah penyampai ilmu, perunding cara, dan pembina sumber rujuk syarikat. Ke arah itu SYARIKAT.COM menggembleng segala keupayaan anugerah Illahi untuk menyemai, menyubur, dan memekar pengetahuan dan maklumat mengenai syarikat dari perspektif undang-undang dan pengurusan, di kalangan (dan untuk) semua, dengan merentas batas pengalaman dan akademik.
 
SYARIKAT.COM biarpun sesungguhnya adalah replika saya, MD. RODZI HARUN, tetapi lebih merupakan suatu entiti web yang terpisah dari lingkaran peribadi saya. SYARIKAT.COM adalah prasarana interaktif melalui maya yang cuba menemukan anda semua dalam satu impian dan cita untuk mengangkat martabat keilmuan dan keprofesionalan dalam amalan bersyarikat! Jika anda seorang Setiausaha Syarikat, di sinilah tempatnya untuk anda memperoleh bekalan profesion anda. Bagi anda yang bergelar (atau bakal bergelar) Pengarah Syarikat, diharapkan agar di sinilah juga tempat anda singgah sambil sesekali mengintai dari laman ke laman. Semoga laman-laman yang anda lewati memberi manfaat kepada anda dalam menjalankan tugas jawatan anda sebagai seorang Pengarah Syarikat. Pun jika anda seorang pelajar barangkali anda elok singgah di laman web ini, kerana di sini tersaji segalanya yang anda perlukan. Tidak kira siapa anda, SYARIKAT.COM mengharapkan semoga laman web ini membawa manfaat yang sesungguhnya buat anda. Selamat menerokai dari laman ke laman...
 
Homepej syarikat.com direkabentuk, dikarang, disenggara dan dibiayai oleh saya. Laman web ini ditempatkan di FLIC.NET 1604 Appian Way, Montebello, CA 90640, USA. Homepej syarikat.com mempunyai kapasiti storan 20 MB dengan talian sambungan T3.
 
Dalam usaha menjadikan SYARIKAT.COM sebagai sumber rujuk yang terkemaskini dan menarik, saya cuba mengemaskinikannya tiap-tiap hari atau jika saya tidak mempunyai masa yang sesuai, saya cuba juga mengemaskinikannya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Begitu juga bagi memastikan homepej SYARIKAT.COM ini menarik, saya cuba mengubahsuai konsep reka bentuk dan grafiknya dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Saya mengharapkan anda sudi memberikan komen dan pandangan yang bernas supaya sesuatu boleh saya usahakan untuk bukan saja menjadikannya komprehensif dan terkemaskini tetapi juga menarik.