Make your own free website on Tripod.com
ke laman utama syarikat.com
 
 
Yang berikut adalah tajuk-tajuk kecil bagi tiap-tiap tajuk Seminar Dalam Organisasi (In-House Seminar) yang syarikat.com kendalikan. Pihak organisasi penganjur bolehlah mengubahsuai kandungannya mengikut selera dan keperluan masing-masing.

SDO-1A
Kefahaman Awal Syarikat

Objektif: Memberikan kefahaman asas mengenai struktur dan mekanisme syarikat sendirian berhad daripada perspektif undang-undang syarikat; memberikan pedoman undang-undang syarikat mengenai struktur dan mekanisme syarikat sendirian berhad; menyampaikan perkembangan mutakhir Akta Syarikat 1965 dan keputusan mahkamah yang berkaitan dengan syarikat sendirian berhad.

Kandungan: Identiti syarikat; pembentukan syarikat sendirian berhad; unsur-unsur perlembagaan syarikat sendirian berhad; pengenalan kepada hak dan tanggungjawab pegawai korporat syarikat; pengenalan kepada hak dan tanggungjawab pemegang syer.

Cadangan Tempoh Seminar: Separuh hari (4 jam pertemuan)

SDO-1B
Kefahaman Asas Syarikat

Objektif: Memberikan kefahaman komprehensif mengenai struktur dan mekanisme syarikat daripada perspektif undang-undang syarikat; memberikan pedoman undang-undang syarikat mengenai struktur dan mekanisme syarikat; menyampaikan perkembangan mutakhir Akta Syarikat 1965 dan keputusan mahkamah yang berkaitan dengan syarikat.

Kandungan: Pengenalan syarikat sebagai satu pilihan struktur perniagaan; pengenalan identiti syarikat; pengenalan doktrin pemerbadanan syarikat; pengenalan Memorandum & Perkara-perkara Persatuan sebagai perlembagaan syarikat; pengenalan modal korporat; dibentur dan gadaian syarikat; pengenalan pegawai korporat syarikat; asas prosiding dan prosedur mesyuarat syarikat; pendedahan maklumat korporat.

Cadangan Tempoh Seminar: 1 hari (7 jam pertemuan)

SDO-1C
Kefahaman Teras Syarikat

Objektif: Memberikan kefahaman teras mengenai struktur dan mekanisme syarikat daripada perspektif undang-undang syarikat; memberikan pedoman undang-undang syarikat mengenai struktur dan mekanisme syarikat; menyampaikan perkembangan mutakhir Akta Syarikat 1965 dan keputusan mahkamah yang berkaitan dengan syarikat.

Kandungan: Pengenalan penajaan syarikat; pengenalan personaliti korporat; pengenalan Memorandum & Perkara-perkara Persatuan sebagai perlembagaan syarikat; berurusan dengan syarikat; pengenalan modal korporat; dibentur dan gadaian syarikat; pengenalan pegawai korporat syarikat; asas prosiding dan prosedur mesyuarat syarikat; pengenalan hak dan tanggungjawab pemegang syer; pendedahan maklumat korporat; pengenalan penggulungan syarikat.

Cadangan Tempoh Seminar: 2 hari (14 jam pertemuan)

SDO-2A
Kefahaman Asas Perlembagaan Syarikat

Objektif: Memberikan kefahaman, maklumat dan pengetahuan asas mengenai struktur dan mekanisme perlembagaan syarikat; memberikan petua dan pedoman mengenai amalan mendraf perlembagaan syarikat secara yang berkesan; menyampaikan perkembangan mutakhir Akta Syarikat 1965 dan keputusan mahkamah yang terkini berkaitan dengan perlembagaan syarikat.

Kandungan: Struktur dan mekanisme perlembagaan syarikat; kandungan Memorandum Persatuan; kandungan Perkara-perkara Persatuan; doktrin ultra vires; pengubahan Memorandum Persatuan; pengubahan Perkara-perkara Persatuan; kesan undang-undang perlembagaan syarikat; panduan mendraf perlembagaan syarikat secara yang berkesan; panduan mendraf peruntukan khusus dalam perlembagaan syarikat.

Cadangan Tempoh Seminar: 1 hari (7 jam pertemuan)

SDO-2B
Kefahaman Teras Perlembagaan Syarikat

Objektif: Memberikan kefahaman, maklumat dan pengetahuan teras mengenai struktur dan mekanisme perlembagaan syarikat; memberikan petua dan pedoman mendraf perlembagaan syarikat yang berkesan; memberikan tafsiran ringkas peruntukan Jadual A, Akta Syarikat 1965 sebagai model perlembagaan syarikat; menyampaikan perkembangan mutakhir Akta Syarikat 1965 dan keputusan mahkamah yang terkini berkaitan dengan perlembagaan syarikat.

Kandungan: Struktur dan mekanisme perlembagaan syarikat; kandungan Memorandum Persatuan; kandungan Perkara-perkara Persatuan; doktrin ultra vires; pengubahan Memorandum Persatuan; pengubahan Perkara-perkara Persatuan; kesan undang-undang perlembagaan syarikat; panduan mendraf perlembagaan syarikat secara berkesan; panduan mendraf peruntukan khusus dalam perlembagaan syarikat; tafsiran peruntukan Jadual A, Akta Syarikat 1965.

Cadangan Tempoh Seminar: 2 hari (14 jam pertemuan)

SDO-3A
Kod Etika Pengarah Syarikat

Objektif: Memberikan kefahaman, maklumat dan pengetahuan komprehensif mengenai Kod Etika Pengarah Syarikat; memberikan petua dan pedoman mengenai amalan pengarah syarikat; menyampaikan perkembangan mutakhir Akta Syarikat 1965 dan keputusan mahkamah yang berkaitan.

Kandungan: Konsep, ruang lingkup dan pendekatan Kod Etika Pengarah Syarikat; kod kelakuan penguasaan korporat (Corporate Governance); kod kelakuan tanggungjawab kebajikan; kod kelakuan tanggungjawab sosial dan alam sekitar; tanggungjawab dan tanggungan pengarah syarikat di bawah Akta Syarikat 1965.

Cadangan Tempoh Seminar: 1 hari (7 jam pertemuan)

SDO-3B
Tanggungjawab dan Liabiliti Pengarah Syarikat

Objektif: Memberikan kefahaman, maklumat dan pengetahuan komprehensif dan terkini mengenai undang-undang syarikat yang berkaitan dengan hak, tanggungjawab dan liabiliti pengarah syarikat; memberikan petua dan pedoman mengenai amalan terbaik pengarahan syarikat; menyampaikan perkembangan mutakhir Akta Syarikat 1965 dan keputusan mahkamah yang terkini berkaitan dengan pengarah dan pengarahan syarikat.

Kandungan: Identiti pengarah; kelayakan dan pelantikan pengarah, pengosongan jawatan pengarah, transaksi kewangan pengarah, kuasa dan prosiding pengarah, hak pengarah sebagai pekerja; kewajipan pengarah; pengenalan Kod Etika Pengarah Syarikat; liabiliti sendiri pengarah; kesalahan statutori pengarah; kontrak oleh pengarah.

Cadangan Tempoh Seminar: 2 hari (14 jam pertemuan)

SDO-4A
Kefahaman Asas Mesyuarat Syarikat

Objektif: Memberikan kefahaman, maklumat dan pengetahuan komprehensif dan terkini mengenai undang-undang yang berkaitan dengan mesyuarat syarikat; memberikan petua dan pedoman amalan dan prosedur pengendalian mesyuarat syarikat; menyampaikan perkembangan mutakhir Akta Syarikat 1965 dan keputusan mahkamah yang terkini berkaitan dengan mesyuarat syarikat.

Kandungan: Perspektif dan ruang lingkup mesyuarat syarikat; notis mesyuarat; kuorum mesyuarat; pengerusi mesyuarat; penangguhan mesyuarat; ketetapan mesyuarat; pengundian mesyuarat; minit mesyuarat.

Cadangan Tempoh Seminar: 1 hari (7 jam pertemuan)

SDO-4B
Kefahaman Teras Mesyuarat Syarikat

Objektif: Memberikan kefahaman, maklumat dan pengetahuan komprehensif dan terkini mengenai undang-undang yang berkaitan dengan mesyuarat syarikat; memberikan petua dan pedoman amalan dan prosedur pengendalian mesyuarat syarikat; menyampaikan perkembangan mutakhir Akta Syarikat 1965 dan keputusan mahkamah yang terkini berkaitan dengan mesyuarat syarikat; memperkenalkan aspek-aspek penyenggaraan draf surat cara dan dokumen berkaitan dengan mesyuarat syarikat.

Kandungan: Perspektif dan ruang lingkup mesyuarat syarikat; notis mesyuarat; kuorum mesyuarat; hak kewajipan dan liabiliti pengerusi mesyuarat; penangguhan mesyuarat; ketetapan mesyuarat; pengundian mesyuarat; minit mesyuarat; borang proksi; bentuk-bentuk usul; pembatalan ketetapan; notis khas; pendaftaran ketetapan; penyenggaraan minit; prosedur pengundian; perjalanan mesyuarat; Penyata Tahunan; tugas setiausaha syarikat dalam mesyuarat lembaga pengarah; tugas setiausaha syarikat dalam mesyuarat agung.

Cadangan Tempoh Seminar: 2 hari (14 jam pertemuan)

PROSPEKTUS SEMINAR

Atas permintaan bakal organisasi penganjur, SYARIKAT.COM bersedia mengemukakan brosur lengkap bagi tiap-tiap tajuk seminar yang tersenarai dalam risalah ini atau yang ditetapkan sendiri oleh bakal organisasi penganjur. SYARIKAT.COM juga bersedia mengemukakan jadual tentatif seminar bagi semua tajuk seminar.