ke laman utama syarikat.com
 
 
[Risalah Bagaimana Membentuk Syarikat  yang dimuatkan dalam laman ini dihidangkan secara ringkas sahaja yang sengaja kami gubah sebegini rupa bagi memudahkan anda memahaminya]
 
 
LANGKAH 1

PERTIMBANGAN AWAL 

  • pilih NAMA yang akan diberikan kepada bakal syarikat anda
  • bayangkan dengan penuh kreativiti rupa bentuk struktur syarikat anda

INGATLAH!  

  • nama adalah citra (image) syarikat anda
  • struktur syarikat anda adalah ikatan yang bakal mengikat pemegang syer dan pengurusan syarikat anda
  • struktur syarikat adalah wajah yang menampilkan syarikat anda kepada orang di luar syarikat
  • Langkah 1 ini amat penting, kerana ia boleh membantu dalam mendraf perlembagaan syarikat anda

LANGKAH 2

MEMOHON NAMA SYARIKAT

FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU... 

  • permohonan nama perlu dibuat dalam Borang 13A beserta fee RM 30 bagi tiap-tiap nama yang dipohon
  • jika diluluskan, nama berkenaan akan dirizab selama 3 bulan
  • jika tidak diluluskan, anda perlu buat permohonan baru beserta fee baru
  • dalam tempoh 3 bulan perizaban itu, orang lain tidak boleh menggunakan (memohon) nama yang telah dirizabkan untuk anda itu, dan, dalam tempoh itu juga anda mesti
  • menyempurnakan proses pemerbadanan syarikat (Langkah 3-5)
  • jika dalam tempoh tiga bulan, anda masih belum
  • memperbadankan syarikat anda, nama anda boleh diambil (dipohon) orang dan anda perlu memohonnya semula

NAMA YANG BOLEH ANDA PILIH...  

  • apa sahaja nama yang anda sukai dengan syarat nama itu disukai juga oleh Pendaftar Syarikat
  • nama yang tidak mempunyai unsur-unsur yang ditegah oleh undang-undang umum, seperti berunsur lucah, bersentimen negatif, dsb.

INGATLAH!

Pendaftar Syarikat mempunyai kuasa mutlak untuk menolak apa juga nama yang tidak disukainya tanpa memberi sebarang alasan. Anda TIDAK BOLEH mendakwa Pendaftar Syarikat atas keingkarannya itu KECUALI anda boleh membuktikan bahawa Pendaftar Syarikat telah bertindak secara tidak suci hati (mala fide).

NAMA YANG TIDAK BOLEH ANDA PILIH... 

  • nama yang tidak dihasrati oleh Pendaftar Syarikat
  • nama yang menyerupai dengan nama syarikat yang telah didaftarkan atau menyerupai dengan nama yang telah dirizabkan
  • nama yang diarahkan oleh Menteri PDN&HEP supaya tidak diterima oleh Pendaftar Syarikat
  • Senarai nama yang tidak dibenarkan oleh Menteri itu terdapat dalam Warta Kerajaan No. 4180 bertarikh 2 Jun 1986.  

PETUA MEMILIH NAMA...

  • Semak senarai nama di dalam Daftar Nama Syarikat yang disediakan oleh Pendaftar Syarikat
  • Elakkan daripada memilih nama yang terlalu bersifat ‘local’
  • Cipta nama rekaan dengan menggabungkan suku kata tertentu

LANGKAH 3

MENDRAF PERLEMBAGAAN SYARIKAT

FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU... 

  • perlembagaan syarikat terkandung dalam dua dokumen: Memorandum Persatuan (Memorandum of Association) dan Perkara-perkara Persatuan (Articles of Association)
  • Memorandum Persatuan MESTI diserahkan sebaliknya Perkara-perkara PERSATUAN TIDAK SEMESTINYA diserahkan kepada Pendaftar Syarikat
  • Jika Perkara-perkara Persatuan tidak diserahkan kepada Pendaftar Syarikat, model yang terkandung dalam Jadual A, Jadual Ke-4, Akta Syarikat 1965 akan diterimapakai

INGATLAH...

Mendraf Perlembagaan Syarikat adalah proses yang TERPENTING dalam pembentukan syarikat kerana ianya akan menentukan hala cara dan masa hadapan syarikat anda! Jika anda bercadang membentuk syarikat yang istimewa, anda perlu mendapatkan orang yang pakar dalam mendraf perlembagaan syarikat anda!

TAHUKAH ANDA, CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN SYARIKAT YANG BAIK....  

  • didraf dalam bahasa yang boleh anda fahami dengan baik
  • ringkas
  • mengikut selera dan kehendak anda

INGATLAH!

Proses mendraf perlembagaan syarikat sepatutnya melalui proses temu bual dan kaunseling di antara anda dengan orang yang mendrafnya (misalnya Setiausaha Syarikat). Perlembagaan Syarikat yang didraf semata-mata mengikut ‘standard’ ‘biasa’ mungkin mendatangkan masalah kepada anda di suatu hari kelak!

CIRI-CIRI MEMORANDUM & PERKARA-PERKARA PERSATUAN

"The Memorandum contains the fundamental conditions upon which alone the company is allowed to be incorporated. They are conditions introduced for the benefit of the creditors, and the outside public, as well as the shareholders. The Articles of Association are the internal regulations of the Company. Where the Memorandum and the Articles conflict, the Memorandum will takes precedence.": per Bowen LJ in Guiness v Land Corporation of Ireland (1882) 22 ChD 349 (Court of Appeal, England).

terjemahannya...

"Memorandum mengandungi syarat-syarat asas yang berasaskannya sahaja syarikat dibenarkan untuk diperbadankan. Syarat-syarat itu diperkenalkan untuk faedah pemiutang, dan masyarakat luar, dan juga pemegang-pemegang syer. Perkara-perkara Persatuan adalah peraturan dalaman syarikat. Jika Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan bercanggah, Memorandum akan mengatasi.": mengikut Bowen LJ dalam Guiness lwn Land Corporation of Ireland (1882) 22 ChD 349 (Mahkamah Rayuan, England).

KANDUNGAN MEMORANDUM PERSATUAN [S. 18 (1)]:  

  • nama syarikat
  • tujuan-tujuan syarikat
  • amaun dan cara mana modal syer syarikat dibahagikan kepada syer-syer amaun tetap
  • bahawa liabiliti anggota-anggota adalah terhad
  • suatu fasal yang menyatakan bahawa penandatangan-penandatangan berhasrat untuk membentuk menjadi suatu syarikat menurut Memorandum dan bahawa penandatangan-penandatangan masing-masing bersetuju untuk mengambil bilangan syer-syer yang dinyatakan bersetentangan dengan nama mereka masing-masing
  •  nama penuh, alamat dan pekerjaan penandatangan
  • nama pengarah-pengarah pertama (melainkan jika dinamakan dalam Perkara-perkara Persatuan): s. 122 (3)
  • nama setiausaha syarikat pertama (melainkan jika dinamakan dalam Perkara-perkara Persatuan): s. 139 (1A)
  • sekatan, batasan dan larangan menurut seksyen 15 (1) (melainkan jika disebutkan dalam Perkara-perkara Persatuan)

KANDUNGAN PERKARA-PERKARA PERSATUAN 

  • keseluruhan ‘Jadual A’, atau
  • ‘Jadual A’ yang diubahsuai, atau
  • Set lengkap Perkara-perkara yang tidak memasukkan keseluruhan ‘Jadual A’
  • Nama pengarah-pengarah syarikat yang pertama (melainkan jika telah dinamakan dalam Memorandum): s. 29 (1)
  • Nama setiausaha syarikat yang pertama (melainkan jika telah dinamakan dalam Memorandum): s. 139 (1A)
  • Sekatan, batasan dan larangan menurut s. 15 (1) (melainkan jika telah dinyatakan dalam Memorandum)

KESAN KONTRAKTUAL MEMORANDUM & PERKARA-PERKARA PERSATUAN

Seksyen 33 (1):

"Subject to this Act the memorandum and articles shall when registered bind the company and the members thereof to the same extent as if they respectively had been signed and sealed by each member and contained covenants on the part of each member to observe all the provisions of the memorandum and of the articles"

terjemahannya...

"Tertakluk kepada Akta ini, memorandum dan perkara-perkara hendaklah apabila didaftarkan mengikat syarikat dan anggota-anggotanya sama seolah-olah telah ditandatangani dan dimeterai oleh tiap-tiap anggota dan mengandungi waad di pihak tiap-tiap anggota untuk mematuhi kesemua peruntukan memorandum dan perkara-perkara itu."

 
 

AKTA SYARIKAT 1965

SYARIKAT YANG TERHAD MENGIKUT SYER

MEMORANDUM PERSATUAN

(Nama Syarikat)   
 

1. Nama syarikat ialah (Nama Syarikat)

2. Pejabat bendaftar syarikat akan terletak dalam Malaysia.

3. Tujuan-tujuan syarikat ditubuhkan adalah -  

3.1 Untuk...

3.2 Untuk...

3.3 Untuk...

3.X Untuk membuat semua benda lain yang pada pendapat pengarah-pengarah boleh bersampingan dengan atau berfaedah dalam mencapai tujuan-tujuan di atas.

4. Syarikat hendaklah mempunyai kuasa-kuasa yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Akta, atau diberikan kepadanya secara am atau khusus oleh peraturan-peraturan di bawah Akta, dan apa-apa kuasa lain yang dinyatakan berikut ini -

4.1

4.2

4.X Untuk membuat semua benda lain yang tidak dilarang di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan atau selainnya oleh mana-mana undang-undang bertulis Malaysia.

5. Liabiliti anggota-anggota adalah terhad.

6. Modal syer Syarikat terdiri daripada syer pada nilai RM1.00 tiap-tiap satu yang berperingkat pari passu dalam semua keadaan.

Kami penandatangan-penandatangan yang nama dan alamat kami masing-masing diperturunkan di bawah, berhasrat supaya dibentuk menjadi suatu syarikat menurut Memorandum Persatuan ini dan kami masing-masing bersetuju mengambil bilangan syer-syer dalam modal syarikat yang dinyatakan bersetentangan dengan nama kami masing-masing.

 
Nama, alamat dan perihal penandatangan
 
 
 
Bilangan syer yang diambil oleh tiap seorang

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jumlah bilangan syer yang diambil  

Bertarikh :

Saksi kepada penandatangan di atas,

 
 

AKTA SYARIKAT 1965

SYARIKAT YANG TERHAD MENGIKUT SYER

PERKARA-PERKARA PERSATUAN

(Nama Syarikat)   

Permulaan

1. Nyatakan sama ada Jadual A kepada Jadual Ke-4 Akta Syarikat 1965 dipakai / tidak dipakai / dipakai dalam perkara tertentu.

Tafsiran 

2. Senaraikan apa-apa ungkapan yang dirasakan perlu supaya ditafsirkan.

Syarikat Persendirian
 
3. Syarikat adalah sebuah syarikat persendirian, dan dengan demikian-

(a) hak untuk memindah syer adalah terbatas dengan cara yang ditetapkan berikutnya;

(b) bilangan anggota-anggota Syarikat adalah terhad kepada lima puluh orang, tetapi tertakluk kepada, apabila dua atau lebih orang memegang satu atau lebih syer dalam Syarikat secara bersesama, mereka hendaklah untuk tujuan peruntukan ini dianggap sebagai seorang anggota tunggal;

(c) apa-apa pelawaan kepada awam untuk memohon beli syer atau debentur Syarikat adalah dilarang;

(d) melarang apa-apa pelawaan kepada awam untuk mendeposit wang dengan Syarikat untuk tempoh yang tetap atau kena bayar semasa dipanggil, sama ada mempunyai faedah atau pun tidak.

Syer

4. Modal syer Syarikat terdiri daripada syer daripada nilai RM1.00 tiap-tiap satu yang berperingkat pari passu dalam semua keadaan.

5. Syarat mengenai penerbitan syer.

6. Perkara mengenai hak mendapat Sijil Syer.

7. Syarikat hanya mengiktiraf pemegang syer di sisi undang-undang.

8. Syarat mengenai hak mendapat sijil pendua bagi Sijil Syer yang rosak, hilang atau musnah.

Pemindahan syer

9. Prosedur pemindahan syer melalui suratcara pemindahan syer.

10. Pemindahan syer melalui suratcara bertulis dalam bentuk yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah.

11. Batasan hak anggota-anggota untuk memindahkan syer-syer (keutamaan membeli dahulu)

12. Lembaga Pengarah yang enggan mendaftar pemindahan syer atau debentur perlu memberi notis kepada penerima pindahan.

13. Pendaftaran pemindahan boleh digantung mengikut budi bicara Lembaga Pengarah.

Transmisi syer

14. Wakil diri di sisi undang-undang kepada si mati sebagai orang yang berhak kepada syer si mati.

15. Prosedur transmisi syer.

16. Hak wakil diri di sisi undang-undang kepada si mati dalam dividen, mesyuarat, dsb.

Mesyuarat pemegang syer
 
17. Jumlah korum dan cara membilang korum.

18. Ketetapan edaran.

Pengarah-pengarah

19. Kuasa melantik Pengarah terletak pada Lembaga Pengarah.

20. Kuasa melantik Pengarah secara bertulis oleh pemegang syer majoriti.

21. Nama Pengarah-pengarah pertama.

Pengarah urusan
 
22. Kuasa Lembaga Pengarah melantik / menyingkirkan Pengarah Urusan.

23. Kuasa Lembaga Pengarah untuk mewakilkan kuasa tertentu kepada Pengarah Urusan.

Pengarah gilir

24. Kuasa mana-mana pengarah untuk melantik Pengarah Gilir / Ganti.

25. Pengarah-pengarah dan pengarah-pengerah gilir tidak disyaratkan memegang syer.

Kuasa pengarah-pengarah 

  • Kuasa Lembaga Pengarah dalam pengurusan syarikat.
  • Kuasa Lembaga Pengarah untuk meminjam, dsb. Bagi pihak syarikat.
  • Kewajipan pengarah-pengarah

     28. Kewajipan Lembaga Pengarah.

    29. Kewajipan Lembaga untuk menyediakan atau menyebabkan disediakan minit mesyuarat. Kewajipan Pengerusi untuk menandatangani minit mesyuarat.
     
    Prosiding pengarah-pengarah

    30. Prosedur mengadakan dan memanggil mesyuarat Lembaga Pengarah ditetapkan oleh Lembaga Pengarah sendiri.

    31. Ketetapan edaran oleh Lemabaga Pengarah.

    32. Hak pengarah yang tidak mengisytiharkan kepentingannya dalam syarikat untuk mengundi dan boleh dibilang kehadirannya dalam menentukan korum.

    Setiausaha
     
    33. Kuasa Lembaga Pengarah untuk melantik Setiausaha.

    34. Tanggungjawab Setiausaha.

    35. Hak Setiausaha untuk menuntut kos, caj dan perbelanjaannya.

    36. Cara fee Setiausaha ditetapkan.

    Meterai
     
    37. Kuasa dan prosedur penggunaan Meterai Biasa.

    Kami, penandatangan-penandatangan yang nama dan alamat kami masing-masing diperturunkan di bawah, sebagai penandatangan-penandatangan kepada Memorandum Persatuan denga ini bersetuju kepada Perkara-perkara Persatuan di atas.

     

    Nama, alamat dan perihal penandatangan-penandatangan
     
     

    Bilangan syer yang diambil oleh tiap seorang


     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

     

    Jumlah bilangan syer yang diambil

     

    Bertarikh:

    Saksi kepada penandatangan di atas,

     
     
    LANGKAH 4

    MENYEDIAKAN DOKUMEN PEMERBADANAN SYARIKAT

    DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN... 

    • Memorandum & Perkara-perkara Persatuan: perlu ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua orang pengasas yang tiap-tiap seorang perlu memegang sekurang-kurangnya seunit syer; salinan asal tiap-tiap dokumen perlu disetem RM 100 manakala salinan pendua tiap-tiap dokumennya pula perlu disetem RM 10.
    • Borang 48A (Akuan Berkanun oleh Seseorang Sebelum Dilantik Sebagai Pengarah atau oleh Penaja Sebelum Pemerbadanan Seseuatu Perbadanan): Tiap-tiap bakal pengarah syarikat perlu menandatangani tiap-tiap satu daripada salinannya di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
    • Borang 6 (Akuan Berkanun Pematuhan): ditandatangani oleh suatu perakuan berkanun yang perlu mana-mana orang yang dinamakan dalam perlembagaan syarikat sebagai Pengarah atauhadapan Setiausaha atau oleh peguam atau juruaudit di Pesuruhjaya Sumpah.
    • Lampiran ‘A’: yang mesti mengandungi nama syarikat, pejabat berdaftar, fasal tujuan utama, jumlah dan amaun modal dibenarkan dan modal berbayar, dan butir-butir Pengarah, Pengurus dan Setiausaha syarikat.

    LANGKAH 5

    MENYERAHKAN PERMOHONAN PEMERBADANAN SYARIKAT KEPADA PENDAFTAR SYARIKAT

    Menyerahkan

    • Memorandum Persatuan
    • Perkara-perkara Persatuan
    • Borang 48A
    • Borang 6
    • Lampiran A
    • Fee pemerbadanan syarikat

    dalam tampoh 3 bulan daripada tarikh kelulusan nama syarikat (perizaban nama syarikat)

    LANGKAH 6

    MENGADAKAN MESYUARAT PERTAMA SYARIKAT

    FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU...
     

    • suatu Mesyuarat Lembaga Pengarah Pertama biasanya dipanggil sebaik sahaja Perakuan Pemerbadanan Syarikat diterima
    • mesyuarat itu bertujuan untuk menggerakkan syarikat dan untuk mematuhi kehendak-kehendak urus niaga syarikat
    • usan yang dibincangkan dan diluluskan biasanya, antara lainnya ialah: merekod penerimaan Perakuan Pemerbadanan syarikat; merekod perlantikan Pengarah dan Setiausaha pertama; melantik pengarah tambahan (jika ada); melantik Pengerusi dan Pengarah Urusan (jika perlu); menerima pendedahan kepentingan oleh Pengarah; menerimapakai Meterai Biasa syarikat; melabtik bank syarikat, juruaudit; dsb.

    LANGKAH 7

    MENYEDIAKAN DAN MENYERAHKAN DOKUMEN PERTAMA SYARIKAT

    DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN DALAM TEMPOH SEBULAN SELEPAS PEMERBADANAN SYARIKAT: 

    • Borang 24 (Penyata Penguntukan Syer)
    • Borang 44 (Notis Tempat Pejabat Berdaftar dan Waktu Pejabat dan Butir-butir Perubahannya)
    • Borang 49 (Penyata Butir-butir Daftar Pengarah, Pengurus dan Setiausaha dan Perubahan Butir-butirnya)