ke laman utama syarikat.com
 
 
[Kod Etika Pengarah Syarikat yang dimuatkan dalam laman ini adalah inti sari daripada teks asalnya. Petikan asalnya sengaja kami gubah sebegini rupa bagi memudahkan anda memahaminya. Jika timbul sebarang kekeliruan sila hubungi Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC).]
 

KOD KELAKUAN 1

  • Memahami tujuan (objektif) syarikat
  • Memahami kuasa syarikat
  • Memahami keupayaan syarikat
  • Memahami kuasa lembaga pengarah
  • Memahami keupayaan lembaga pengarah 

KOD KELAKUAN 2

  • Berusaha dan menguntukkan masa untuk menghadiri mesyuarat
  • Mengetahui kehendak-kehendak undang-undang mengenai lembaga pengarah
  • Mengetahui kehendak-kehendak undang-undang mengenai pengarah
  • Melaksanakan kewajipan lembaga pengarah
  • Melaksanakan kewajipan sebagai seorang pengarah

KOD KELAKUAN 3

  • Memastikan syarikat dirus sewajarnya
  • Memastikan syarikat dikawal dengan berkesan

KOD KELAKUAN 4 

  • Mengikuti perkembangan hal-ehwal syarikat
  • Mengetahui dan memastikan syarikat mematuhi undang-undang berkaitan
  • Mengetahui dan memastikan syarikat mematuhi kontrak syarikat

KOD KELAKUAN 5  

  • Bertegas supaya dimaklumi semua perkara yang penting kepada syarikat

KOD KELAKUAN 6  

  • Menjadi pengarah dalam sebilangan syarikat yang mampu diberi tumpuan masa dan keberkesanannya

KOD KELAKUAN 7 

  • Sentiasa terdedah atau mendedahkan diri kepada nasihat Setiausaha Syarikat
  • Sentiasa mendapatkan nasihat daripada Setiausaha Syarikat
  • Memastikan Setiausaha Syarikat sentiasa bertanggungjawab kepada lembaga pengarah

KOD KELAKUAN 8  

  • Melaksanakan kuasa dalam lingkungan yang ada
  • Melaksanakan kuasa untuk tujuan yang sepatutnya

KOD KELAKUAN 9

  • Mendedahkan semua kepentingan kontrak dengan syarikat serta-merta

KOD KELAKUAN 10 

  • Tidak mengalihkan peluang perniagaan syarikat kepada diri sendiri
  • Tidak menyalahgunakan maklumat sulit syarikat

KOD KELAKUAN 11  

  • Bertindak dengan suci hati untuk manfaat syarikat satu-satunya dan secara keseluruhannya
  • Bertindak dengan jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan kuasa dan tanggungjawab

KOD KELAKUAN 12

  • Bersedia membuat keputusan yang bebas dan tegas demi kepentingan syarikat

KOD KELAKUAN 13

  • Peka dengan kepentingan pemegang syer, pekerja, pemiutang dan pelanggan syarikat

KOD KELAKUAN 14
 

  • Menggalakkan keprofesionalan pengurusan dan pekerja

 

  • Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pekerja

KOD KELAKUAN 15  

  • Memastikan langkah keselamatan yang mencukupi kepada pekerja di tempat kerja
  • Menyediakan perlindungan sepatutnya kepada pekerja di tempat kerja

KOD KELAKUAN 16 

  • Mengambil inisiatif untuk menggulung syarikat yang lengai (tidak aktif)

KOD KELAKUAN 17 

  • Mengamalkan sikap objektif dan positif apabila berurusan dengan jabatan atau agensi kerajaan
  • Memberi kerjasama dalam urusan dengan jabatan atau agensi lain

KOD KELAKUAN 18
 

  • Menggunakan sumber alam dengan berkesan
  • Memperbnaiki kualiti hidup dengan menggalakkan tanggungjawab sosial korporat

KOD KELAKUAN 19  

  • Proaktif kepada keperluan masyarakat
  • Memberi bantuan dalam program kemasyarakatan bersesuian dengan konsep "masyarakat penyayang" dalam Wawasan 2020

KOD KELAKUAN 20 

  • Memastikan aktiviti dan operasi syarikat tidak memudaratkan masyarakat
  • Membantu memerangi inflasi