ke laman utama syarikat.com
 
 
Laman ini merupakan medan untuk anda isikan dengan pandangan dan komen mengenai syarikat terutamanya dari perspektif undang-undang. Walau bagaimanapun RODZI.COM amat berbesar hati jika anda dapat memberikan pandangan atau komen mengenai 'syarikat dari perspektif Islam' terutamanya mengenai perlunya Undang-undang Syarikat diIslamkan. Di bawah ini dimuatkan pandangan umum mengenai syarikat dari perspektif Islam sebagai panduan dasar kepada anda.
 
Syarikat dianggap oleh undang-undang sebagai 'orang' yang mempunyai sifat-sifat yang hampir sama dengan 'orang biasa', boleh mendakwa dan didakwa, kekal turun-temurun (melainkan dimatikan oleh yang menciptanya), boleh memiliki harta, dan berbagai lagi ciri yang menyerupai 'orang biasa' seperti kita. Dua persoalan timbul daripada fenomena ini. Pertama jika syarikat itu dianggap sebagai 'orang', dan jika 'orang' boleh diIslamkan, bolehkah syarikat diIslamkan? Jika jawapannya TIDAK, bermakna bahawa 'orang' Islam yang mnguasai 'syarikat' sebenarnya menguasai 'orang' yang bukan Islam. Kedua bagaimana kita mengharapkan agar pengarah-pengarah bertindak mengikut prinsip Islam sedangkan mereka hanya bertindak sebagai ejen kepada syarikat yang 'tidak berprinsip Islam'? Bukankah segala tindakan syarikat adalah disifatkan sebagai 'tindakan syarikat' dan bukannya sebagai 'tindakan pengarah' atau 'pemegang-pemegang saham'nya? Isu yang dianggap remeh oleh kebanyakan orang sebenarnya dianggap serius oleh RODZI.COM! Lantaran itu, laman forum syarikat Islam ini dipersembahkan untuk anda yang berminat untuk mengemukakan pendapat. Sila kemukakan pendapat anda dengan menaip di dalam ruang yang tersedia di bawah. Semua pandangan atau pendapat anda akan dimanfaatkan untuk diisi dalam laman Perspektif Syarikat Islam dalam homepej ini. Alangkah manisnya, jika anda boleh memberikan nama, e-mel dan homepej anda (jika ada) supaya kita dapat berinteraksi daripada semasa ke semasa.
 
Jika anda ingin mengemukakan sebarang komen atau pandangan, sila taipkan di ruang yang tersedia di bawah. Semua komen dan pandangan anda akan disiarkan dalam laman Perspektif Syarikat atau laman Syarikat Islam, mana yang berkenaan.

 

Nama Anda

Alamat e-mel anda

URL Homepej anda (kosongkan jika tiada)

Kategori (pilih satu)

Komen anda


Terima kasih kerana sudi memberikan pandangan atau komen.