1.
Penganjuran dan Pengurusan Seminar
Organisasi
penganjur bertanggungjawab menganjur dan mengurus
seminar, dan SYARIKAT.COM hanya bertindak
sebagai perucap seminar.
2.
Pemilihan Peserta
Peserta
seminar dipilih oleh organisasi penganjur daripada
kakitangan organisasi penganjur; pemilihan peserta luar
adalah tertakluk kepada persetujuan bersama antara
organisasi penganjur dengan SYARIKAT.COM.
3.
Draf Bahan Seminar
SYARIKAT.COM bertanggungjawab
menyediakan draf bahan seminar (nota seminar dan
sebagainya), tetapi urusan cetakan nota seminar dan fail
seminar (atau yang sebagai dengannya) hendaklah diurus
dan disempurnakan oleh organisasi penganjur.
4.
Penyampaian Seminar
SYARIKAT.COM bertanggungjawab
sepenuhnya dalam penyampaian seminar.
5.
Kos Dan Fee
Fee yang kena dibayar kepada kepada SYARIKAT.COM adalah
seperti mana yang ditetapkan dalam sebut harga SYARIKAT.COM. Biasanya fee
berkenaan adalah berasaskan dan tertakluk kepada -
- semua
urusan penyediaan tempat seminar, peralatan
seminar, makan/minum peserta disediakan oleh
organisasi penganjur
- semua
urusan cetakan nota dan bahan seminar disediakan
oleh organisasi penganjur
- tambang
pergi-balik SYARIKAT.COM disediakan
oleh organisasi penganjur atau caj tertentu yang
ditetapkan oleh kami (dalam sebut harga kami)
sebagai ganti tambang pergi-balik yang disediakan
oleh organisasi penganjur
- tempat
penginapan disediakan oleh organisasi penganjur
berasaskan kepada rumusan: Jumlah Hari Penginapan
= X + 1, di mana X adalah jumlah hari seminar
|