|
|
Hari ini saya temui empat tapak web yang
menarik perhatian saya. Satu daripadanya menyediakan
khidmat penukaran nilai matawang. Dalam keadaan
kemerosotan nilai mata wang kita sekarang nampaknya laman
web ini wajar anda kunjungi. Saya juga sempat mengunjungi
bengkel servis laman web. Seperti sebuah bengkel kereta
nampaknya bengkel ini menyediakan khidmat memeriksa
prestasi laman web anda! Tapak web ketiga yang saya
kunjungi menyediakan khidmat menguji dan melapor prestasi
sesuatu pelayan (server). Akhir sekali saya juga
mengunjungi (saya sering mengunjunginya sebelum ini)
laman web yang merupakan sebuah organisasi yang
diberikuasa mengurus dan mendaftar nama domain laman web
iaitu INTERNIC. |
 |
Logo di sebelah kiri adalah sebuah logo
sebuah firma perunding kewangan yang terkemuka. Firma ini
menyediakan laman web yang boleh membantu anda menukar
nilai mata wang negara-negara di dunia. Klik saja
mana-mana dua mata wang negara yang anda ingin ketahui
nilai pertukarannya dan nilai tukarannya akan ditetapkan
secara automatik. Laman ini dikemaskini tiap-tiap hari. |
Cuba lihat logo di bawah! Apakah
tafsiran anda? Tentunya anda menyangka yang ianya
berhubungkait dengan servis membaiki kereta. Sebenarnya
tapak web ini menyediakan servis laman web! Jangan
terkeliru dengan sebuah laman web lain yang hampir sama
alamat URLnya (http://www.webgarage.com) yang memang
menyediakan khidmat membaiki kereta! |
 |
Laman web ini membantu anda menilai
kualiti laman web anda atau laman web tertentu. Anda
hanya perlu menaip alamat URL sesuatu laman web dan Web
Garage akan terus memasuki laman web berkenaan dan
membuat nilaian dan laporan kualitinya.Kenapa tidak
mencubanya? Klik saja logo di sebelah kiri. |
Jika anda ingin mencari web
space provider untuk menempatkan laman web anda,
salah satu ciri yang perlu dipertimbangkan ialah kelajuan
pelayannya (server).Laman web ini boleh membantu
anda. Cuba anda kilk logo di bawah untuk ke laman web
berkenaan. |
 |
Kemudian anda hanya perlu menaip alamat URL web
space provider berkaitan dan Net Mechanic akan
menjalankan tugasnya. Jangan lupa memberikan alamat e-mel
anda kerana Net Mechanic akan membuat laporan siasatannya
melalui e-mel anda. |
Anda ingin membuat carian nama
domain seperti syarikat.com atau apa-apa nama lain yang
anda ingin daftarkan? Carian ini adalah penting bagi
memastikan nama domain yang anda hajati itu masih belum
berdaftar.Bagaimana caranya? Anda tidak perlu klik logo
di bawah. Anda hanya perlu menaip URL berikut pada ruang
URL browser anda: |
 |
http://rs.internic.net/cgi-bin/whois?namadomain. Gantikan 'namadomain'
dengan nama pilihan anda, misalnya,
syarikat.com, melayu.com, melayu.net, syarikat.net, dan
sebagainya.Lihat jawapannya. Adakah nama nomai yang anda
taip itu telah menjadi milik orang? Jika TIDAK bermakna
anda berhak mendaftarkannya. Berdasarkan pengalaman masih
banyak nama-nama domain dalam bahasa Melayu yang masih
'kosong'.. |
Sekian untuk
kali ini. Jumpa lagi di kembara yang lain pula. Selamat
mengembara dunia web yang penuh dengan maklumat. |