![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jika anda bercadang mempunyai homepej sendiri sama ada untuk diri anda atau perniagaan atau organisasi anda, anda perlu melalui beberapa proses. Pertama anda harus membinanya. Anda boleh membina sendiri atau mendapatkan khidmat orang lain untuk merekabentuk homepej anda. Kedua selepas homepej anda siap dibina, anda perlu mencari tapak untuk 'meletakkan' homepej anda. Berbagai tapak web disediakan oleh berbagai web presence provider atau web host. Bagi sebahagian daripada anda, pastinya ada yang berminat untuk mencari tapak web PERCUMA untuk homepej anda. Jika demikian kehendak anda, sesungguhnya anda singgah di tempat yang TEPAT! Organisasi yang tersenarai di bawah menyediakan RUANG PERCUMA untuk homepej anda.Jika anda mempunyai apa-apa kemusykilan, sila hantar e-mel kepada saya di alamat: rodzi@syarikat.com. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
ULASAN DAN PANDANGAN |
Di antara yang tersenarai di atas, yang mana satu pilihan anda? Bagaimana membuat pilihan yang tepat. Saya berpendapat anda harus mempertimbangkan faktor-faktor: kekukuhan web host provider berkenaan, kerenah proses permohonan, alamat URL yang mudah, syarat mengenai pengiklanan, saiz ruang yang diberikan, kemudahan menghantar fail, dan kelangsungan kemudahan PERCUMA yang disediakan. |
Saya berkesempatan meninjau kesemua web host provider yang tersenarai di atas. Saya juga telah menjadi ahli kepada sebahagian daripadanya. Pada keseluruhannya saya memilih tiga web host provider yang terbaik: XOOM, TRIPOD dan GEOCITIES. Saya memilih XOOM sebagai yang terbaik kerana XOOM mempunyai ciri-ciri yang positif: organisasinya sederhana kukuh (walaupun tidak sekukuh TRIPOD dan GEOCITIES), mudah memohon dan cepat mendapat kelulusan permohonan (SEGERA!). Selain daripada itu alamat URL homepej anda adalah mudah dan menarik (misalnya: http://members.xoom.com/rodzi). Cuba anda bandingkan dengan GEOCITIES yang mempunyai alamat URL yang terlalu panjang ataupun alamat URL TRIPOD yang mempunya tanda '~' yang sukar ditaip atau ditulis atau dimaklumkan secara lisan (misalnya: https://members.tripod.com/~syarikat). XOOM juga tidak mengiklan dalam homepej anda. Sebagai perbandingan TRIPOD dan GEOCITIES mengiklan dalam homepej anda. TRIPOD mengiklan melalui pop-up window manakala GEOCITIES mengiklan secara semberono dalam homepej anda! Tiada gangguan iklan dan tidak menghalanga nda daripada menggunakan homepej anda untuk tujuan perniagaan atau pengiklanan. Saiz ruang 5MB yang diberikan juga adalah lebih daripada memadai! Melalui XOOM anda boleh menghantar fail homepej anda melalui ftp atau browser atau hantar terus melalui kaedah publish dalam Netscape Composer. XOOM juga menyediakan berbagai panduan dan grafik percuma. |
ANDA INGIN MEMBINA HOMEPEJ? |
Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat seseorang untuk membina homepej anda, saya sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda, firma anda atau organisasi anda. Anda barangkali boleh mengukur keupayaan saya membina homepej untuk anda dengan melawat (sambil menilai) homepej utama saya yang saya bina sendiri keseluruhannya di alamat maya http://syarikat.com. Jika anda berminat sila hubungi saya melalui e-mel rodzi@syarikat.com. |