![]() |
|
Era ini adalah era korporat. Dalam era ini,
pengetahuan dan maklumat adalah prasyarat pengurusan diri
dan organisasi. Salah satu cabang pengetahuan dan
maklumat yang wajar diketahui, dikuasai dan dimiliki
ialah pengetahuan dan maklumat Undang-undang Syarikat.
Ini kerana syarikat bukan sekadar suatu bentuk struktur
perniagaan popular, tetapi syarikat juga berperanan
sebagai warga korporat. Lebih jauh daripada itu
undang-undang sendiri menyifatkan seseorang yang
berurusan dengan syarikat sebagai mengetahui maklumat
korporat syarikat yang terkini walaupun seseorang itu
sebenarnya tidak mengetahuinya! Daripada pengamatan RODZI.COM, pengetahuan dan maklumat undang-undang syarikat di kalangan masyarakat terutamanya golongan usahawan, peniaga, pegawai kerajaan / swasta dan ahli profesional masih jauh daripada mencukupi. RODZI.COM menjejak empat halangan utama kepada herotan keadaan ini:
Keempat-empat halangan tersebut bagi RODZI.COM adalah suatu kekosongan yang perlu diisi. RODZI.COM mengambil inisiatif tangkas untuk menanganinya, bagi mengisi kekosongan itu, pastinya dengan sokongan anda... Begitulah kemunculan dan kehadiran RODZI.COM di maya... |
|
![]() |
|
"Bagi RODZI.COM undang-undang syarikat lebih merupakan suatu mekanisme korporat yang boleh dan perlu diurus. RODZI.COM memperkenalkan, dengan cara tersendiri, program, khidmat dan sumber rujukan syarikat dalam bentuk program seminar dan penerbitan undang-undang syarikat, dan khidmat perundingan dan penubuhan syarikat serta sumber rujukan undang-undang syarikat yang menyatukan sambil mengharmonikan undang-undang dengan pengurusan dalam bentuk yang popular dan suai manfaat untuk semua, tanpa halangan batasan akademik, pengalaman dan profesion. RODZI.COM percaya bahawa pengetahuan dan maklumat undang-undang syarikat perlu disebarkan secara yang merata, diurus dengan bijaksana, melalui pendekatan yang unik, kreatif, menarik, tetapi komprehensif dan mudah. RODZI.COM membantu pelanggannya mengurus undang-undang dan pengurusan syarikat mereka, sejajar dengan undang-undang dan bertepatan dengan kehendak mereka, sebagai orang yang berurusan dengan atau mengurus syarikat." | |
![]() |
|
"Untuk menjadi wadah sumber rujuk undang-undang syarikat dalam bahasa Melayu untuk semua" | |
![]() |
|
"Untuk menggalakkan dan mengembangkan pengetahuan dan maklumat undang-undang syarikat melalui program seminar dan penerbitan Undang-undang Syarikat, dan memberikan khidmat perundingan dan penubuhan syarikat secara yang mapan, cekap dan bertanggungjawab." | |
![]() |
|
|
|
![]() |
|
|
|
![]() |
|
|