![]() |
KE LAMAN BERIKUTNYA |
PEMOTONGAN
DARI DAFTAR Cara menamatkan hayat syarikat melalui pemotongan daripada daftar syarikat di Pejabat Pendaftar Syarikat merupakan satu cara mudah untuk mengurangkan kos penggulungan yang biasanya agak tinggi. Syarikat biasanya akan dipotong dari daftar apabila salah satu daripada dua hal keadaan berikut berlaku:
Cara penggulungan ini biasanya diamalkan oleh syarikat persendirian yang kecil yang tidak mempunyai aset ataupun liabliti. Terdapat dua cara yang boleh diambil oleh syarikat yang ingin supaya dipotong dari daftar:
Prosedur Pemotongan Syarikat Daripada Daftar Jika Pendaftar Syarikat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa syarikat telah tidak menjalankan apa-apa perniagaan atau tidak beroperasi, dia boleh mengirim surat pertanyaan (enquiry letter) kepada syarikat: s308 (1). Jika tiada jawapan diterima (atau jawapannya tidak menyatakan yang syarikat masih menjalankan perniagaan atau masih beroperasi) oleh Pendaftar Syarikat dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat pertanyaan itu, Pendaftar Syarikat boleh menyiarkan dalam Warta Kerajaan dan mengirim surat berdaftar kepada syarikat yang mengandungi suatu notis bahawa selepas tamat tempoh tiga bulan daripada tarikh notis berkenaan, nama syarikat akan dipotong daripada daftar melainkan suatu tunjuk sebab (show cause) dibuat sebaliknya. Kemudiannya syarikat akan dibubarkan: s308 (2). Jika syarikat sedang dalam proses penggulungan dan Pendaftar Syarikat mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa salah satu daripada perkara berikut berlaku, Pendaftar Syarikat boleh mewartakan notis yang sama dalam Warta Kerajaan dan dikirimkan salinannya kepada syarikat atau penyelesai:
Apabila berakhirnya tempoh tiga bulan itu Pendaftar Syarikat boleh (melainkan tunjuk sebab yang sebaliknya dibuat) memotong nama syarikat daripada daftar: s308 (4). Selepas itu Pendaftar Syarikat hendaklah mewartakan notis pemotongan itu dalam Warta Kerajaan. Syarikat akan terbubar sebaik sahaja disiarkan dalam Warta Kerajaan. Walaupun syarikat telah dipotong dari daftar oleh Pendaftar Syarikat, liabiliti tiap-tiap pegawai dan anggota syarikat (jika ada) akan kekal dan boleh dikuatkuasakan jika syarikat tidak dibubarkan: s308 (4)(a). Apa-apa harta syarikat(melainkan modal dipanggil dan modal tidak dipanggil) sama ada dalam bentuk harta alih (movable property) atau harta tak alih (imovable property), termasuk tindakan yang sedang berjalan sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang masih belum selesai selepas dipotong dari daftar, hendaklah diletakhakkan (vested) kepada Pendaftar Syarikat bagi kesemua estate dan kepentingan syarikat di dalamnya (di sisi undang-undang atau ekuiti), bersama-sama dengan semua tuntutan, hak dan remedi berkaitan dengan syarikat: s311. Mengikut s308 (4)(b), peruntukan s308 tidaklah menyentuh kuasa Mahkamah untuk menggulungkan syarikat yang namanya telah dipotong dari daftar. Mahkamah boleh juga, (atas permohonan oleh mana-mana orang yang terkilan dengan tindakan Pendaftar Syarikat memotong nama syarikat dari daftar) jika selepas berpuas hati yang pada masa namanya dipotong dari daftar itu syarikat:
memerintahkan nama syarikat dimasukkan semula dalam daftar. Permohonan kepada Mahkamah itu hendaklah dibuat pada bila-bila masa dalam tempoh 15 bulan selepas nama syarikat dipotong dari daftar. Dengan terserahnya sesalinan perintah Mahkamah (court order) berkenaan kepada Pendaftar Syarikat, syarikat telah disifatkan sebagai meneruskan kewujudannya seolah-olah namanya telah tidak dipotong. Mahkamah boleh melalui perintahnya (court order), memberi perintah berkenaan dan membuat peruntukan yang disifatkan adil untuk menempatkan syarikat dan orang lain yang dalam kedudukan yang sama sehampir yang termungkin dengan jika nama syarikat tidak dipotong daripada daftar: s308 (5). Jika apa-apa harta yang telah diletakhakkan kepada Pendaftar Syarikat telah dijual sebelum nama syarikat dimasukkan semula dalam daftar, Pendaftar Syarikat hendaklah membayar kepada syarikat suatu amaun yang sama dengan amaun yang diterima olehnya daripada jualan harta itu. |