![]() |
KE LAMAN BERIKUTNYA |
PENYUMBANG
(CONTRUBUTORIES) Penyumbang (contributory) adalah seseorang yang bertanggungan untuk menyumbangkan kepada aset syarikat jika syarikat digulung. Bila syarikat digulung tiap-tiap anggota dahulu dan sekarang hendaklah bertanggungan untuk menyumbangkan kepada aset syarikat kepada amaun yang mencukupi untuk membayar hutang dan liabiliti dan kos caj dan perbelanjaan penggulungan, tertakluk kepada yang berikut (s214):
Liabiliti penyumbang hendaklah mewujudkan hutang terakru (accrued debt) yang kena dibayar olehnya pada pasa liabilitinya bermula tetapi kena dibayar pada masa panggilan dibuat untuk menguatkuasakan liabiliti: s215. Jika penyumbang meninggal dunia (sama ada sebelum atau selepas dia disenaraikan dalam senarai penyumbang), wakil dirinya hendaklah bertanggungan dalam proses pentadbiran (administration) untuk menyumbang kepada aset syarikat dalam melepaskan liabilitinya dan hendaklah menjadi penyumbang. Jika mereka ingkar dalam membayar apa-apa wang yang diperintahkan supaya dibayar oleh mereka, prosiding boleh diambil untuk mentadbir harta pusaka penyumbang yang maningggal dunia itu dan sebagai bayaran paksaan (compelling payment) daripada wang yang kena dibayar: s216(1). Jika penyumbang menjadi bankrap atau menyerahhakan estetnya untuk kepentingan pemiutangnya, sama ada sebelum atau selepas dia telah diletakkan dalam senarai penymbang:
Liabiliti Tidak Terhad Pengarah-Pengarah Dalam penggulungan sesebuah syarikat berhad, mana-mana pengarah sama ada yang sekarang atau yang dahulu, jika liabiliti mereka adalah tidak terhad, hendaklah sebagai tambahan kepada liabilitinya, jika ada, untuk menyumbang sebagaimana seorang anggota biasa, bertanggungan untuk membuat sumbangan sebagaimana jika dia adalah seorang anggota sebuah syarikat berhad, pada masa bermulanya penggulungan, tetapi tertakluk kepada yang berikut:
Jawatankuasa Penyiasat (Committee Of Inspection) Suatu jawatankuasa penyiasat berfungsi untuk membantu dan menyelia tidakan penyelesai. Dalam penggulungan sukarela oleh pemiutang, pemiutang boleh, dalam mesyuarat yang dipanggil (summoned) oleh syarikat atau dalam mana-mana mesyuarat berikutnya, melantik suatu jawatankuasa penyiasat yang mengandungi tidak lebih daripada lima orang, sama ada terdiri daripada pemiutang atau tidak. Jika pemiutang melantik jawatankuasa berkenaan, syarikat dengan itu layak (dalam mesyuarat agung di mana ketetapan untuk penggulungan diluluskan atau pada bila-bila masa selepas mesyuarat agung itu) melantik lima orang untuk bertindak sebagai anggota kepada jawatankuasa itu. Pemiutang bagaimanapun boleh memutuskan bahawa semua atau mana-mana daripada lima orang itu yang dilantik oleh syarikat sepatutnya tidak menjadi anggota jawatankuasa, dan dengan itu, melainkan jika Mahkamah mengarahkan sebaliknya, mereka tidak boleh bertindak dalam jawtankuasa itu: s262(1) & (2). Seseorang anggota jawatankuasa mempunyai kedudukan fidusiari dan tidak boleh, misalnya membeli apa-apa aset syarikat daripada penyelesai melainkan jika mendapat pelepasan Mahkamah. Jawatankuasa boleh bermesyuarat pada suatu selang waktu sebagaimana ianya boleh dengan sendirinya melantik atau bermesyuarat secara bulanan. |