![]() |
KE LAMAN BERIKUTNYA |
PRIORITI
DALAM BAYARAN Menurut s292(1), agihan bayaran dalam proses penggulungan hendaklah mengikut prioriti yang berikut:
Semua hutang-hutang dalam kategori tersebut hendaklah berperingkat mengikut turutan tersebut, tetapi bagi hutang dalam kelas yang sama, hendaklah berperingkat sama di antara sesamanya dan hendaklah dibayar sepenuhnya, melainkan harta syarikat tidak mencukupi untuk membuat bayaran tersebut maka ia hendaklah dikurangkan mengikut kladar yang sama (abate in equal proportion) di antaranya: s292(2). Jika seseorang telah memberi pendahuluan dalam bentuk wang kepada syarikat sebagai bayaran kepada apa-apa gaji atau upah pekerja atau pelepasan cuti (vacation leave), dia hendaklah berhak dalam penggulungan mempunyai prioriti berkaitan dengan amaun itu dan dibayar sebagai pekrja juga: s292(3). Jika aset syarikat yang ada untuk membayar pemiutang am (general creditors) adalah tidak mencukupi untuk membayar apa-apa hutang keutamaan yang dinyatakan dalam s292(1)(b),(d) dan (e) dan apa-apa amaun yang kena dibayar dengan prioriti di bawah s292(3), maka hutang-hutang itu hendaklah mempunyai prioriti ke atas tuntutan pemegang debentur di bawah mana-mana gadaian terapung yang diwujudkan oleh syarikat dan hendaklah dibayar daripada harta terkandung dalam atau tertakluk kepada gadaian itu: s292 (4). Di bawah s292(5)(6)(7), jika syarikat berada di bawah suatu kontrak insurans (yang dibuat sebelum bermulanya penggulungan), maka jika apa-apa liabiliti ditanggung oleh syarikat (sama ada sebelum atau selepas bermulanya penggulungan) dan semua amaun berkaitan dengan liabiliti itu adalah atau telah diterima oleh syarikat atau penyelesai daripada penginsurans amaun itu hendaklah selepas ditolak apa-apa perbelanjaan atau yang berhubung dengan mendapatkan amaun itu, dibayar oleh penyelesai kepada pihak ketiga berkaitan dengan kepada siapa liabiliti itu ditanggung setakat yang diperlukan untuk melepaskan liabiliti itu atau mana-mana bahagian daripada liabiliti itu yang masih belum dilepaskan dalam prioriti ke atas semua bayaran berhubung dengan hutang-hutang yang diperuntukkan oleh s292 (1). Jika liabiliti penginsurans kepada syarikat adalah kurang daripada liabiliti syarikat kepada pihak ketiga, tiada apa-apa dalam s292 (5) boleh menghadkan hak pihak ketiga berhubung dengan baki berkenaan. Walau apapun yang terkandung dalam s292 (1):
Jika dalam apa-apa penggulungan aset syarikat didapatkan semula (recovered) di bawah gantirugi kerana kos litigasi yang diberikan oleh pemiutang, atau telah dilindungi atau dikekalkan (preserved) melalui bayaran wang atau pemberian tanggungrugi (imdemnified) penyelesai, telah diperoleh semula Mahkamah boleh memerintahkan yang difikirkannya adil berkaitan dengan pengagihan aset-aset itu dan amaun perbelanjaan yang direcovered itu with a view untuk memberikan pemiutang kelebihan mengatasi pihak lain dalam pertimbangan risiko yang ditanggung oleh mereka: s292 (9). Kewajipan Statutori Pelikuisi Dalam Penggulungan Akaun / Penyata Penyelesai Dalam tempoh sebulan selepas tamat tempoh enam bulan daripada tarikh perlantikannya dan tiap-tiap tempoh enam bulan berikutnya, penyelesai hendaklah menyediakan dan menyerahkan dengan Pendaftar Syarikat dan Pegawai Penerima suatu akaun penyelesai yang megandungi butir-butir penerimaan dan pembayaran dan suatu pernyataan mengenai kedudukan penggulungan (yakni Borang 75). Penalti kerana keingkaran adalah RM 1000 dengan penalti ingkar. Akaun atau Penyata Penyelesai (Borang 75) hendaklah juga diserahkan kepada Pendaftar Syarikat dan Pegawai Penerima dalam tempoh sebulan selepas berhenti bertindak sebagai penyelesai dan selepas mendapatkan perintah pelepasan: s281. Pegawai Penerima boleh menyebabkan akaun mana-mana pelikuidasian diaudit oleh juruaudit yang diluluskan: s281 (2). Kos audit hendaklah ditetapkan oleh Pegawai Penerima dan menjadi sebahagian daripada perbelanjaan penggulungan: s281 (5). Sesalinan akaun atau akaun teraudit (jika ada) hendaklah disimpan oleh penyelesai dan hendaklah dibuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana orang yang berminat di pejabat penyelesai: s281 (3). Penyelesai hendaklah:
Mesyuarat Agung Jika penggulungan berterusan selama lebih daripada setahun, penyelesai hendaklah dalam tempoh tiga bulan pada tiap-tiap ulangtahun bermulanya penggulungan, mengadakan mesyuarat agung syarikat (jika dalam penggulungan sukarela oleh pemiutang), atau mesyuarat pemiutang (jika dalam penggulungan sukarela oleh pemiutang) dan membentangkan di hadapan mesyuarat berkaitan akaun mengenai tindakan dan urusannya dan perjalanan penggulungan dalam tahun yang terdahulu (yakni ringkasan pernyataan penyelesai mengenai penerimaan dan pembayaran dan laporan ringkas mengenaio penggulungan): s271 (1). Notis mesyuarat itu hendaklah dikirim kepada pejabat berdaftar tiap-tiap anggota (dan pemiutang dalam kes penggulungan sukarela oleh pemiutang pada masa yang sama): s271 (2). Penalti kerana keingkaran adalah RM 2000 bersama penalti ingkar. Perubahan Jika terdapat apa-apa perubahan dalam alamat pejabatnya, penyelesai hendaklah menyerahkan kepada Pendaftar Syarikat dan Pegawai Penerima suatu notis perubahan dalam Borang 73 dalam tempoh 14 hari daripada tarikh perubahan itu: s280 (1). Jika penyelesai meletakkan jawatan atau disingkirkan, belaiu hendaklah menyerahkan notis dalam Borang 74 kepada Pendaftar Syarikat dan Pegawai Penerima dalam tempoh 14 hari: s280 (3). Aset tidak dituntut Bayar semua dividen yang tidak diuntut atau wang yang tidak dituntut melebihi enam bulan selepas wang itu kena dibayar, kepada Pegawai Penerima untuk dikreditkan dalam Akaun Pelikuidasian Syarikat (Companies Liquidation Account). Bayaran aset yang tidak dituntut kepada akaun tersebut hendaklah melalui Borang 76. Pegawai Penerima akan mengeluarkan suatu perakuan penerimaan bagi wang yang dibayar itu dan perakuan itu hendaklah merupakan suatu pelepasan yang berkuatkuasa kepada penyelesai berkaitan dengannya. Ketetapan yang diluluskan pada Mesyuarat Penyumbang atau Pemiutang Yang Tertangguh Tertakluk kepada s260 (9) (yakni berkaitan dengan ketetapan penggulungan yang diluluskan pada mesyuarat tertangguh) mana-mana ketetapan yang diluluskan pada mesyuarat pemiutang hendaklah berkuatkuasa seolah-olah diluluskan serta-merta selepas ketetapan penggulungan diluluskan. Jika ketetapan diluluskan pada mesyuarat pemiutang atau penyumbang yang tertangguh, ketetapan hendaklah bagi semua tujuan dianggap sebagai diluluskan pada tarikh di mana sebenarnya diluluskan dan bukannya pada tarikh yang asal. Kesan Kepada Transaksi Lain Keutamaan Tak Wajar (Undue Preference) Apa-apa pemindahan, gadaijanji, penyampaian barangan, bayaran, penyempurnaan atau tindakan lain berkaitan dengan harta yang dibuat atau telah dibuat oleh atau terhadap sesebuah syarikat (yang jika dilakukan oleh mana-mana individu akan selepas individu itu bankrap di bawah mana-mana undang-undang bankrap adalah batal atau boleh batal) hendaklah dalam konteks syarikat yang digulung adalah batal atau boleh batal (void or voidable) dengan cara yang sama: s293 (1). Gadaian Terapung Gadaian terapung ke atas pengusahaan atau harta syarikat yang diwujudkan dalam tempoh enam bulan daripada bermulanya penggulungan hendaklah, melainkan dibuktikan bahawa syarikat menjadi solven sebaik sahaja selepas gadaian itu diwujudkan, menjadi tak sah kecuali kepada amaun ke atas apa-apa wang tunai yang dibayar pada masa kewujudan gadaian itu atau pada masa yang berikutnya dan bagi balasan untuk gadaian itu bersama-sama dengan faedah pada kadar 5% setahun: s294. Hak Penyelesai Untuk Mendapatkan Semula Jualan Kepada Atau Oleh Syarikat Jika apa-apa harta, perniagaan atau pengusahaan diperoleh oleh syarikat secara balasan tunai dalam tempoh dua tahun sebelum bermulanya penggulungan syarikat daripada seseorang yang pada masa pemerolehan itu adalah seorang pengarah syarikat atau diperolehi daripada syarikat yang pada masa pemerolehan itu, seseorng itu adalah seorang pengarah yang juga menjadi pengarah kepada syarikat pertama tadi, penyelesai boleh mendapatkan semula daripada orang berkenaan atau syarikat (mana yang berkaitan) daripada mana harta, perniagaan atau pengusahaan itu diperoleh, perbezaan antara balasan tunai yang dibayar kerana pemerolehan itu yang melebihi nilai harta, perniagaan atau pengusahaan itu pada masa pemerolehan dibuat. Jika mana-aman harta, perniagaan atau pengusahaan telah dijual oleh syarikat dalam bentuk balasan tunai dalam tempoh dua tahun sebelum bermulanya penggulungan syarikat:
penyelesai boleh mendapatkan semula daripada orang berkenaan atau syarikat (mana yang berkaitan) yang mana harta, perniagaan atau pengusahaan itu dijual, perbezaan di antara nilai harta , perniagaan atau pengusahaan itu pada masa julan itu melebihi balasan wang tunai itu: s295 (2). Bagi tujuan di atas, nilai harta, perniagaan atau pengusahaan termasuklah nilai muhibah atau keuntungan yang mungkin dibuat daripada perniagaan atau pengusahaan atau balasan yang serupa dengannya: s295 (3). Balasan tunai berhubung dengan sesuatu pemerolehan atau jualan oleh syarikat bermaksud balasan kerana pemerolehan atau jualan yang kena dibayar selain daripada terbitan syer syarikat: s295 (4). |