 |
|
 |
|
Saya Md. Rodzi Harun personaliti di sebalik RODZI.COM. Personaliti yang
merekabentuk, menyenggara dan membiayai laman web RODZI.COM
ini keseluruhannya. Saya juga adalah
perunding RODZI.COM. |
|
 |
|
Saya dilahirkan pada 4
November 1961 di sebuah kampung terpencil di utara Kedah.
Sudah lebih daripada tiga tahun saya mencebur diri dalam
kerjaya sebagai Pakar Runding Syarikat secara sambilan.
Dalam profesion yang sedang saya ceburi ini, saya hanya
menjalankan perkhidmatan dan urus niaga secara tunggal
dan keseorangan, tanpa mempunyai pejabat fizikal. Khidmat
dan urus niaga saya dibuat secara sampingan dan bebas
melalui saluran komunikasi telefon, fax, dan e-mail. |
|
Sampai bila saya akan
begini? Saya bercita-cita untuk mempunyai pekerjaan yang
tetap dan bergaji tetap yang kira-kira dapat menampung
hidup secara paling sederhana dan boleh menabung untuk
perbelanjaan hari tua yang lebih sederhana. Paling utama
saya bercita-cita untuk mendapat pekerjaan yang tidak
menceraikan saya daripada syarikat.com. Jika anda mempunyai maklumat
berkaitan dengan kerja yang sesuai untuk saya, tolong
hubungi saya. |
|
 |
|
Saya
hanya seorang insan biasa yang memerlukan wang untuk
hidup dan perlu bekerja supaya tidak dikatakan malas!
Saya bukan seorang profesional walaupun saya boleh
dianggap sebegitu! Saya hanyalah seorang yang meminati
ilmu dan amat gemar bercakap dan menulis mengenai apa
sahaja ilmu yang saya ada walaupun sedikit. Saya
ditakdirkan mempunyai kelulusan dan pengalaman dalam
dwibidang, ekonomi dan undang-undang. Kelulusan yang ada
itu sebenarnya tidak banyak membantu saya. Saya mencapai
apa yang saya miliki sekarang sebahagian besarnya melalui
pembacaan, penyelidikan, dan penulisan yang saya buat
sendiri-sendiri "tanpa bergantung kepada 'kuliah,
profesor dan perpustakaan universiti'"! Saya juga
banyak menimba ilmu hasil daripada seminar atau kursus
atau syarahan yang pernah saya sampaikan, dan juga
daripada diskusi serta perdebatan saya dengan kawan dan
'lawan'. Saya ditakdirkan berkhidmat dengan Pejabat
Pendaftar Syarikat (ROC) selama 9 tahun
(1985-1994). Saya juga adalah Penasihat Teknikal
(Undang-undang Syarikat) kepada Persatuan Akauntan
Percukaian Malaysia. Saya juga ditakdirkan untuk diberi
amanah secara ad hoc sebagai Perunding
Undang-undang Syarikat kepada beberapa buah agensi
kerajaan yang tersohor. Saya aktif menyampaikan seminar,
menulis buku, kertas-kerja dan risalah, dan memberi
khidmat runding cara undang-undang syarikat. Saya juga
terlibat secara langsung dalam memberikan khidmat mendraf
perlembagaan dan suratcara syarikat, khidmat penubuhan
syarikat, dan khidmat kesetiausahaan syarikat kepada
beberapa buah syarikat terpilih. Antara organisasi
tersohor yang pernah menjadi pelanggan saya termasuklah,
Pejabat Pendaftar Syarikat, Perbadanan Johor, Institut
Pembangunan Pengurusan Johor (BISTARI), Perbadanan
Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Pertubuhan
Peladang Negeri Johor, Perbadanan
Usahawan Nasional Berhad, Yayasan
Pembangunan Usahawan Terengganu, Bank Pembangunan, Tenaga
Nasional Berhad, dan berbagai lagi; serta berbagai
firma guaman, juruaudit dan setiausaha syarikat. Saya
pernah menulis "Buku Panduan Pengarah", dan
pernah menjadi tamu pakar (Undang-undang Korporat) dalam
rancangan terbitan TV tempatan. |
|
 |
|
Saya
meminati apa sahaja ilmu. Ilmu yang saya minati
berubah-ubah dari semasa ke semasa. Saya meminati ilmu
Islam, undang-undang, bahasa Melayu, kompugrafik
(termasuk membina laman web), isu semasa, psikologi,
politik. Saya juga minat menulis dalam apa sahaja
perkara. Saya paling minat bercakap dan berbincang, serta
minat sekali mengajar dalam apa sahaja disiplin ilmu yang
saya tahu walaupun saya bukan pakar di dalamnya! Di luar
lingkungan ilmu, saya minat sekali berjalan
(mengembara?), dan menikmati keindahan alam (terutamanya
yang mencabar). Mengenai ilmu undang-undang, saya hanya
minat (asalnya terpaksa kerana tercabar!) ilmu undang-undang
syarikat yang saya baca, selidik, tulis dan cakap
tiap-tiap hari. |