ke laman utama syarikat.com
 
 
SYARIKAT.COM menyedari bahawa tahap kefahaman dan keperluan memahami dan menguasai undang-undang syarikat adalah berbeza-beza di antara individu dengan individu dan juga di antara organisasi dengan organisasi lain. SYARIKAT.COM juga menyedari bahawa penyampaian seminar undang-undang syarikat kepada kakitangan sesuatu organisasi perlu dibuat bersesuaian dengan kehendak khusus sesebuah organisasi berkenaan. Sementelahan pula melalui program seminar secara berkelompok dalam sesebuah organisasi akan menjimatkan kos di pihak organisasi berkenaan. Atas kesedaran inilah SYARIKAT.COM memperkenalkan Seminar Dalam Organisasi (In-House Seminar).

Melalui program ini, organisasi penganjur bertanggungjawab menganjur dan mengurus seminar. SYARIKAT.COM hanya bertindak sebagai perucap seminar. Peserta seminar dipilih oleh organisasi penganjur daripada kakitangannya sendiri. SYARIKAT.COM biasanya akan menyediakan draf bahan seminar (nota seminar dan sebagainya); sebaliknya urusan cetakan nota seminar dan fail seminar (atau yang sebagai dengannya) akan diurus dan disempurnakan oleh organisasi penganjur.

RUANG LINGKUP SEMINAR DALAM ORGANISASI

SYARIKAT.COM mampu menyampaikan seminar dalam organisasi dalam apa juga tajuk (dalam bentuk seminar, forum atau bengkel) dalam disiplin undang-undang syarikat pada apa juga tahap, daripada yang asas sehinggalah ke tahap yang tertinggi. Sebagai panduan umum, berasaskan kepada respons oleh organisasi yang pernah turut serta dalam program SYARIKAT.COM, yang berikut adalah tajuk-tajuk yang popular: 

  • Kefahaman Awal Syarikat
  • Kefahaman Asas Syarikat
  • Kefahaman Teras Syarikat
  • Kefahaman Asas Perlembagaan Syarikat
  • Kefahaman Teras Perlembagaan Syarikat
  • Kod Etika Pengarah Syarikat
  • Tanggungjawab dan Liabiliti Pengarah Syarikat
  • Kefahaman Asas Mesyuarat Syarikat
  • Kefahaman Teras Mesyuarat Syarikat

Tajuk-tajuk tersebut hanyalah sebagai panduan umum sahaja. Organisasi penganjur boleh menetapkan tajuk tersendiri mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.