ke laman utama syarikat.com
 
 
Selamat Datang ke laman Tip Bina Homemepj! Melalui laman ini, saya akan cuba membimbing anda membina, menempatkan, mempromosi dan menyenggara homepej atau laman web (atau tapak web!). Saya cuba menyampaikan kepada anda dari semasa ke semasa. Dalam menyampaikan tip saya tidak mengikut urutan proses tetapi sebaliknya mengikut selera saya sendiri. Walau bagaimanapun tip terbaru akan disenaraikan di bahagian awal laman ini. Bagi memudahkan anda mendapatkan tip yang berkaitan sila lihat tajuk-tajuknya (bukan turutan tarikh atau perenggan!).
 
18 Februari 1998
Ruang Lingkup Pembinaan Web
 
Jika anda ingin membina web, apakah persediaan ilmu yang perlu anda kuasai? Berasaskan pengalaman saya sendiri perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan "menciplak laman web orang lain buat sementara waktu". Sebagai panduan awal anda boleh mengunjungi laman web yang anda menarik perhatian anda. Klik save as dan simpan dalam disket anda. Kemudian buka semula fail berkenaan bila anda mempunyai kelapangan. Pastikan anda mempunyai Editor Web seperti FrontPage untuk membukanya. Nah! Lihat sendiri bagaimana sesuatu laman web itu distrukturkan. Jangan lupa untuk klik view-HTML dan lihat paparan bahasa HTMLnya. Cuba fahami sedikit demi sedikit arahan HTML. Jelaslah bahawa ilmu PERTAMA yang anda perlu kuasai ialah ilmu bagaimana mencari sambil menciplak buat sementara waktu laman web pilihan anda! KEDUA anda perlu tahu menggunakan aplikasi Editor Web seperti FrontPage. Anda tak perlu mengetahui dengan mendalam. KETIGA, anda perlu belajar sedikit demi sedikit bahasa HTML. Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Salah satu cara berkesan ialah, setiap kali anda temui laman web yang menarik (mulakan dengan yang mudah dan tidak berbingkai!) cuba klik view-source dan lihat sendiri arahan HTMLnya. Percayalah lambat laun anda akan mahir juga. KEEMPAT, anda perlu tahu cara merekabentuk grafik setidak-tidaknya grafik huruf. Cuba guna aplikasi grafik digital seperti Microsoft Image Composer dan Paint Shop Pro. Selepas mahir dengan hal-hal grafik anda bolehlah menggunakan pula aplikasi yang canggih seperti Adobe Photoshop. Jika anda tidak yakin untuk menggunakannya, ambil saja jutaan imej grafik percuma yang boleh didapati melalui web. KELIMA, untuk lebih canggih jangan ketinggalan untuk menguasai JavaScript. KEENAM, anda perlu tahu cara menghantar fail-fail homepej anda ke server atau web host provider. Mahirkan diri dengan aplikasi FTP (File Transfer Protocol) seperti Cute FTP. KETUJUH, anda perlu tahu cara mencari server melalui web host provider tertentu. Sila lihat senarai yang boleh anda capai di http://www.budgetweb.com atau http://www.webhostlists.com. KELAPAN, anda perlu tahu cara mempromosikan homepej anda melalui enjin pencari. Apalah ertinya anda bersusah payah membina homepej jika tidak ada orang yang melihatnya. KESEMBILAN, anda perlu tahu menyenggara homepej anda. Begitulah perkara-perkara yang perlu anda ketahui untuk membina dan memastikan kelangsungan serta keceriaan homepej anda! Berdasarkan pengalaman saya mengambil masa selama tiga bulan untuk mendapatkan semua kemahiran itu. Tiga bulan secara intensif! Selamat mencuba dan belajar membina homepej. Jumpa lagi di lain masa dan dengan tip yang lain pula.