ke laman utama syarikat.com
 
 
Langkah anda tepat di tapaknya! Kena pada masanya! Pilihan yang bijaksana! Selamat datang dan selamat berkunjung...
 

Saya Md. Rodzi Harun, personaliti di sebalik homepej ini. Telah sekian lama saya mencebur diri dalam bidang perundingan Undang-undang Syarikat. Tidak ramai yang mengetahui bahawa saya sebenarnya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang gubahan homepej. Biar apapun saya berhasrat untuk memperuntukkan sebahagian daripada masa harian saya dalam bidang yang saya minati ini walaupun tidak secara sepenuh masa. Saya berusaha untuk menjadikan homepej ini sebagai wahana untuk menyampaikan khidmat gubahan homepej sambil menyampaikan pengetahuan yang saya ada mengenai gubahan homepej.

 
Khidmat istimewa saya
 
Saya mampu InsyaAllah untuk menggubah homepej untuk anda pada harga yang berpatutan. Malah anda sendiri boleh menentukan fee yang rela anda berikan kepada saya. Jika anda bercadang mendapatkan khidmat saya untuk menggubah homepej anda, sila hubungi saya. Selepas mendapat persetujuan saya, anda terus kirimkan bahan-bahan berkaitan (teks dan grafik) dalam disket. Saya akan terus menggubah homepej anda. Bila homepej anda telah boleh dilihat melalui internet, barulah anda kirimkan upah khidmatnya kepada saya. Untuk keterangan lanjut sila terokai laman Pakej & Pesanan.
 

Keistimewaan mempunyai homepej

Internet adalah dunia baru untuk anda menampilkan diri anda atau organisasi anda. Jika anda menjalankan perniagaan atau pengusahaan Internet adalah tempat yang sesuai dan murah untuk anda mengiklankan perniagaan atau pengusahaan anda. Melalui Internet juga anda boleh menyampaikan idea, pandangan dan ilmu yang anda kuasai kepada dunia sambil berinteraksi dengan orang lain di seluruh dunia melalui maya. Dengan mempunyai homepej anda juga dengan sendirinya mempunyai suatu alamat baru di maya. Alamat dalam bentuk URL dan e-mel adalah rumah kedua anda di dunia yang berbeza. Dunia maya!

Berapa kosnya?

Kos membina homepej ditentukan oleh anda sendiri! Apabila homepej anda siap, anda perlu menempatkannya di host computer tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja untuk akses homepej anda. Berapa kadar bayaran yang dikenakan oleh syarikat yang menyediakan khidmat ini? Biasanya bayaran yang dikenakan ialah di antara RM5 hingga RM 100. Jika anda cenderung kepada yang PERCUMA, Saya boleh menguruskan web space provider yang memberikan perkhimatan hosting secara PERCUMA! Jika anda ingin yang lebih canggih, anda boleh juga mendaftarkan domain anda dengan INTERNIC atau JARING atau dengan organisasi lain yang mempunyai autoriti untuk mendaftar domain. Sebagai contoh, kos pendaftaran domain dengan JARING ialah RM100 setahun, manakala kos pendaftaran domain dengan INTERNIC ialah USD70. Baru-baru ini sebuah negara yang dikenali sebagai Nieu menyediakan khidmat pendaftaran domain yang terbuka untuk sesiapa sahaja dari seluruh dunia pada harga hanya USD25. Jika anda berminat mendaftarkan domain dengannya, agensi berkenaan boleh dicapai melalui www.nic.nu. Apa istimewanya mendaftarkan domain? Paling istimewa alamat URL anda akan menjadi lebih ringkas dan canggih seperti: www. syarikat.net atau syarikat.com jika didaftarkan dengan INTERNIC atau www. syarikat.com.my jika didaftarkan dengan JARING. Sebelum ini jika anda mendaftar domain, anda tidak boleh lagi mendapatkan web hosting secara percuma! Tetapi baru-baru ini saya temui suatu organisasi, Hypermart LLC (www.hypermart.net) yang menyediakan ruang web percuma kepada anda yang telah atau akan mempunyai nama domain. Anda kini (termasuk saya sendiri) bukan sahaja boleh mempunyai homepej yang berURL yang canggih (seperti www.syarikat.net ) pada fee pandaftaran hanya USD 70 untuk tempoh dua tahun tetapi anda juga berpeluang mendapatkan tapak web secara PERCUMA!

Apa lagi?

Jika banyak perkara lagi yang anda ingin ketahui mengenai homepej, anda boleh hubungi saya...