![]() |
KE LAMAN BERIKUTNYA |
PENGGULUNGAN
SUKARELA OLEH ANGGOTAPEMIUTANG Jika pengarah-pengarah gagal untuk menfailkan suatu pengisytiharan kesolvenan, penggulungan akan dibuat sebagai penggulungan sukarela oleh pemiutang. Memandangkan syarikat adalah tak solven, syarikat dikehendaki memanggil mesyuarat pemiutang-pemiutang. Mesyuarat ini perlu diadakan pada hari yang sama atau hari berikutnya selepas tarikh mesyuarat agung luar biasa syarikat yang meluluskan ketetapan khas utnuk menggulung syarikat. Notis mesyuarat pemiutang-pemiutang ini perlu dikeluarkan kepada tiap-tiap pemiutang pada masa yang sama dengan notis memanggil mesyuarat agung luar biasa: seksyen 260 (1). Pengurusan penggulungan sukarela oleh pemiutang dikongsi bersama oleh anggota-anggota dan pemiutang-pemiutang tetapi pemiutang-pemiutang yang menguasai prosidingnya. Pemiutanglah yang akan melantik penyelesai dan merekalah juga yang akan memutuskan mengenai komposisi mana-mana jawtankuasa penyiasatan. Prosedur Awal Tertakluk kepada tambahan dan variasi yang berikut, prosedur awalnya adalah sama sahaja dengan prosedur penggulungan sukarela oleh anggota. Langkah pertama, pengarah-pengarah mengadakan mesyuarat lembaga pengarah bagi menetapkan tarikh mesyuarat agung luar biasa dan mesyuarat pemiutang. Kedua-dua mesyuarat ini perlu diadakan dalam tempoh sebulan daripada tarikh pengisytiharan berkanun dibuat. Langkah kedua, pengarah-pengarah kemudiannya akan membuat akuan berkanun dalam Borang 65A - Akuan Berkanun Mengenai Ketidakmampuan Syarikat Untuk Meneruskan Perniagaan dan Mesyuarat Syarikat dan Mesyuarat Pemiutang Telah Dipanggil (Statutory Declaration if Inability of Company to Continue Business and that Meetings of the Company and Its Creditors have been Summoned). Akuan ini hendaklah diserahkan kepada Pendaftar Syarikat dan Pegawai Penerima. Langkah ketiga, selepas akuan berkanun itu dibuat pengarah-pengarah hendaklah melantik penyelesai diluluskan (approved liquidator) sebagai penyelesai sementara (provisional liquidator). Penyelesai sementara mempunyai dan boleh menjalankan semua fungsi dan kuasa penyelesai dalam penggulungan sukarela oleh pemiutang dan tertakluk kepada apa-apa batasan dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan. Perlantikan penyelesai sementara hendaklah berterusan selama sebulan daripada tarikh perlantikannya (atau untuk suatu tempoh lanjut yang Pegawai Penerima membenarkannya dalam kes-kes tertentu) atau sehingga perlantikan penyelesai, yang mana yang lebih awal. Notis mengenai perlantikannya bersama-sama dengan Borang 65A hendaklah diiklankan dalam akhbar-akhbar yang edarannya meliputi seluruh Malaysia dalam tempoh 14 hari daripada tarikh perlantikannya. Penyelesai sementara berhak untuk menerima upah atau saraan dengan cara peratusan atau selainnya sebagaimana yang ditetapkan. Langkah keempat, pada mesyuarat agung luar biasa suatu ketetapan khas akan diluluskan untuk menggulung syarikat secara sukarela kerana tidak dapat meneruskan perniagaannya atas sebab-sebab laibiliti, dan juga untuk melantik seorang penyelesai diluluskan (approved liquidator) untuk bertindak sebagai penyelesai bagi proses penggulungan berkenaan. Syarikat hendaklah dalam tempoh tujuh hari selepas kelulusan ketetapan itu menyerahkan kepada Pendaftar Syarikat sesalinan ketetapan berkenaan dalam Borang 11. Berikutnya, dalam tempoh 10 hari selepas ketetapan yang sama itu diluluskan, syarikat juga perlu menghebahkan notis mengenai ketetapan itu dalam akhbar yang mempunyai edaran di seluruh Malaysia: s254(2). Syarat-syarat mengenai mesyuarat pemiutang:
dan hendaklah:
Langkah kelima, pada mesyuarat pemiutang:
Kesan Kepada Harta dan Prosiding Semua penahanan (attachment), sekuestrasi (sequestration), distres (distress ) atau penyempurnaan (execution) yang berkuatkuasa terhadap estet (estate) atau yang memberi kesan kepada syarikat selepas bermulanya penggulungan secara sukarela oleh anggota hendaklah batal: s263(1). Selepas bermulanya penggulungan, tiada tindakan atau prosiding boleh berjalan dengan atau dimulakan terhadap syarikat melainkan jika mendapat pelepasan Mahkamah dan tertakluk kepada terma-terma yang dikenakan oleh Mahkamah: s263(2). |