![]() |
KE LAMAN BERIKUTNYA |
PENYELESAI
(LIQUIDATOR) Seseorang yang akan dilantik sebagai penyelesai syarikat hendaklah memberikan persetujuan bertulis (written consent) untuk bertindak sebagai penyelesai: s10(4). Melainkan jika mendapat pelepasan daripada Mahkamah atau di bawah kekecualian yang dinyatakan di bawah ini, seseorang hendaklah tidak memberi persetujuan untuk dilantik sebagai penyelesai syarikat, dan hendaklah tidak bertindak sebagai penyelesai syarikat:
Bagi pengggulungan sukarela oleh anggota syarat (a) dan (c) tidaklah terpakai. Bagi penggulungan sukarela oleh pemiutang pula, syarat (a), dan (c) tidaklah terpakai jika majoriti pemiutang (berasaskan majoriti nilai tuntutan) telah bersetuju supaya syarat-syarat (a) dan (c) dikecualikan. Persetujuan untuk mengecualikan syarat (a) dan (c) berkenaan perlulah dibuat melalui ketetapan mesyuarat pemiutang yang diadakan selepas notis tujuh hari diberikan. Persetujuan hendaklah berasaskan majoriti nilai tuntutan pemiutang yang hadir sendiri atau melalui proksi dan mengundi dalam. Dengan itu setiausaha syarikat dan pengarah boleh dilantik sebagai penyelesai dalam penggulungan sukarela oleh anggota atau penggulungan sukarela oleh pemiutang seperti yang tersebut di atas. Walau bagaimanapun penyelesai diluluskan biasanya dilantik sebagai penyelesai dalam penggulungan sukarela oleh pemiutang. Syarikat boleh melantik seorang atau lebih penyelesai dalam sesuatu penggulungan: s258(1). Jika lebih daripada seorang yang dilantik, ketetapan perlantikan perlu menetapkan berapa orang daripada mereka boleh bertindak dalam melaksanakan mana-mana kuasa berkanun yang diberikan kepada penyelesai, sebaliknya sekurang-kurangnya lebih daripada seorang perlu bertindak secara bersesama pada setiap masa. Jika jawatan penyelesai dalam penggulungan sukarela oleh anggota menjadi kosong atas sebab kematian, perletakan jawatan, penyingkiran, atau selainnya, syarikat boleh dalam mesyuarat agung mengisi kekosongan itu dengan melantik seorang penyelesai dan menetapkan saraan yang akan dibayar kepadanya. Mesyuarat agung boleh diadakan oleh mana-mana penyumbang atau jika terdapat lebih daripada seornag penyelesai, oleh penyelesai yang menggisi kekosongan itu: s258(4). Dalam penggulungan sukarela oleh pemiutang kekosongan itu boleh diisi oleh pemiutang dalam mesyuarat pemiutang. Mesyuarat itu boleh dipanggil oleh mana-mana dua orang pemiutang: s261(5). Mahkamah diberikuasa penuh di bawah s265 dan s266 untuk melantik penyelesai dalam penggulunngan sukarela jika pada bila-bila masa tiada penyelesai dilantik, dan untuk menyingkirkan penyelesai dan melantik penyelesai lain. Tindakan seseorang penyelesai adalah sah walau apapun berlaku kecacatan yang diketahui kemudiannya dalam perlantikannya atau kelayakannya. Mana-mana pemindahhakan (conveyance), penyerahhakan (assignment), gadai janji, gadaian atau pelupusan syarikat dengan cara yang lain oleh penyelesai berkenaan hendaklah menjadi sah kepada pihak yang mengambil harta itu secara bona fide dan untuk nilai (in value) dan tanpa pengetahuan mengenai kecacatan atau salahaturan itu. Tiap-tiap orang yang membuat atau membenarkan apa-apa pelupusan (disposition) harta kepada penyelesai itu hendaklah dilindungi dan digantirugi (indemnified) dalam apa yang dilakukannya itu walau apapun kecacatan atau salahaturan yang tidak diketahui olehnya. Pelupusan aset termasuklah pembayaran wang. PENYINGKIRAN PENYELESAI Syarikat boleh, melalui ketetapan khas dalam mesyuarat agung yang diadakan oleh mana-mana penyumbang (contributory) (yang mana notis khas telah diberikan kepada pemiutang dan penyelesai) menyingkirkan mana-mana penyelesai dalam suatu penggulungan sukarela. Jika atas permohonan penyelesai atau pemiutang Mahkamah telah mengarahkan supaya penyelesai itu tidak disingkirkan, maka syarikat tidak boleh menyingkirkan penyelesai itu dengan cara berkenaan. Syarikat walau bagaimanapun boleh memohon kepada Mahkamah untuk menyingkirkan penyelesai di bawah kuasa yang diberikan oleh s266. Notis Perlantikan, Alamat, Perletakan Jawatan Dan Penyingkiran Penyelesai Menurut s280, penyelesai atau penyelesai sementara (provisional liquidator) hendaklah dalam tempoh 14 hari:
Penalti bagi kegagalan mematuhi peruntukan ini ialah denda RM 1000 dengan penalti ingkar. Penyelesai dikehendaki supaya menyerahkan Borang 75 dalam tempoh sebulan selepas terhenti daripada bertindak sebagai penyelesai kepada Pendaftar Syarikat dan Pegawai Penerima: s281(1). Kuasa dan Kewajipan Penyelesai Dalam iap-tiap penggulungan sukarela, penyelesai berkewajipan membayar hutang syarikat dan mengatur (adjust) hak-hak penyumbang di antara mereka: s269(2). Bagi membolehkannya berbuat demikian, s269(1) memperuntukkan bahawa dia boleh tanpa sanksi (without sanction):
Menurut s269(1), dalam penggulungan sukarela oleh anggota dengan sanksi (sanction) syarikat, dan dalam penggulungan sukarela oleh pemiutang dengan sanksi (sanction) Mahkamah atau Jawatankuasa Penyiasat (atau jika tidak ada jawatankuasa sedemiakian) suatu mesyuarat pemiutang, penyelesai boleh:
Saraan Penyelesai Dalam penggulungan sukarela oleh anggota, saraan penyelesai ditetapkan oleh syarikat dalam mesyuarat agung: s258(1). Dalam penggulungan sukarela oleh pemiutang, saraan penyelesai ditetapkan oleh jawatankuasa penyiasat atau oleh pemiutang jika tiada jawatankuasa: s261(3). Saraan dan perbelanjaan penyelesai adalah tertakluk kepada tuntutan yang dibuat oleh pemiutang bercagar (secured creditor) berkaitan dengan prosiding jualan sekuriti mereka, yang kena dibayar dahulu sebelum bayaran boleh dibuat kepada semua tuntutan lain: s292(1). Mana-mana anggota, pemiutang atau penyelesai boleh pada bila-bila masa sebelum pembubaran syarikat memohon kepada Mahkamah untuk meneliti semula (review) amaun saraan penyelesai, dan ketetapan Mahkamah hendaklah penamat (final) dan muktamad: s267. |