kembali ke laman utama syarikat.com kembali ke Bahagian 4ke Bahagian 6
 
 
PENGERUSI

Jika Perkara-perkara persatuan tidak memperuntukkan mengenai siapa yang akan menjadi pengerusi mesyuarat, mana-mana anggota yang dipilih oleh anggota-anggota yang hadir akan menjadi pengerusi: seksyen

PERLANTIKAN

Perkara-perkara Persatuan biasanya memperuntukkan mengenai siapa yang akan bertindak sebagai pengerusi mesyuarat. Perkara-perkara persatuan biasanya memperuntukkan bahawa pengrusi lembaga pengarah akan bertindak sebagai pengrusi dalam tiap-tiap mesyuarat agung, atau jika dia tidak mahu bertindak, lembaga pengarh perlu melantik seorang daripada mereka sebagai pengerusi mesyuarat. Walau bagaimanapun jika tiada pengarah yang mahu, atau tiada seorangpun yang hadir dalam tempoh 15 minit, anggota-anggota yang hadir boleh memilih di kalangan mereka: perkara 49.

AUTORITI

Kuasa pengerusi biasanya diberikan oleh syarikat melalui Perkara-perkara persatuan atau melalui mesyuarat yang melantiknya. Jika sebilangan orang berhimpun dan melantik seseorang sebagai pengerusi, merekalah yang memberinya kuasa melalui perjanjian. Orang yang bertindak sebagai pengerusi dalam mesyuarat agung adalah bertindak sebagai wakil anggota-anggota yang hadir dalam mesyuarat tersebut dan bukannya mewakili lembaga pengarah. Kuasanya yang diperolehi oleh pengerusi daripada mesyuarat, memungkinkannya melakukan semua perkara yang diperlukan untuk melayani pendapat majoriti dan untuk membenarkan suatu perbincangan yang sepatutnya mengenai persoalan-persoalan yang perlu diputuskan, dan untuk memastikan prosiding mesyuarat dikendalikan menurut Perkara-perkara persatuan. Dia hendaklah pastinya bertindak secara adil dan membenarkan semua anggota-anggota yang berminat untuk bercakap dalam ususl untuk mempunyai kesempatan yang munasabah untuk melakukannya, biarpun telah jelas yang pihak majoriti talah membuat keputusan.

KEWAJIPAN

Pengerusi berkewajipan untuk memelihara keadaan mesyuarat; mengendalikan prosiding mesyuarat dengan cara yang tertib; dan untuk memelihara pendapat umum mesyuarat berkaitan dengan apa-apa persoalan yang dikemukakan dalam mesyuarat: National Dwelling Society lwn Sykes (1894) 3Ch 159.

Objektif sebenar mesyuarat bukanlah hanya sekadar untuk membincangkan sesuatu perkara tetapi yang lebih penting ialah utnuk mencapai keputusan atas apa-apa persoalan yang dikemukakan. Pengerusilah yang mententeramkan keadaan mesyuarat dan mengatur prosiding supaya semua orang yang hadir mendapat kesempatan yang munasabah untuk mengundi. Pengerusi perlu bertindak atas rasa tanggungjawabnya sendiri dan akan dipertanggungjawabkan atas tindakannya itu seolah-olah dia sendiri yang melakukannya: R lwn D’Oyly (1840) 12 A&E 139.

Dengan ketiadaan suatu peruntukan yang nyata dalam perkara-perkara Persatuan, butir-butri prosiding perlu dikendalikan oleh orang-orang yang hadir dan oleh pengerusi. Jika keputusan pengerusi dipertikaikan ianya perlulah dikawal oleh majoriti yang hadir: Wandsworth Gas Light Co lwn Wright (1870) 22 LT 404. Tetapi jika Perkara-perkara Persatuan memperuntukkan secara nyata mengenai pengendalian mesyuarat, maka peruntukan berkenaan perlulah diikuti.

KUASA

Pengerusi perlu melaksanakan kuasanya dengan saksama. Pengerusi bertanggungjawab untuk mengendalikan mesyuarat secara yang boleh melicinkan perjalanan urusan mesyuarat dan menghasilkan keputusan mesuarat yang jelas dan lengkap. Pengerusi berkewajipan untuk mempertahankan keputusannya mengikut prosedur. Jika pengerusi membuat keputusan yang silap dia akan dipertanggungjawabkan atas tindakannya itu dan tindakan undang-unadng boleh diambil yang akan mengtaksahkan sesuatu prosiding: Sharp lwn Dawes (1876) 2 QB 26.

Pengerusi mesyuarat agung mempunyai autoriti prima facie untuk memutuskan semua persoalan berkaitan yang dibawa ke mesyuarat dan mememrlukan keputusan pada waktu tersebut: Re Indian Zoedone Co (1884) 26 ChD 70.

Pengerusi mempunyai kuasa-kuasa yang berikut:

(a) mengatur hala cara perjalanan mesyuarat.

(b) memohon persetujuan mesyuarat untuk menutup perbincangan.

(c) menangguhkan mesyuarat.

(d) mengatur urusan pengundian dan untuk menerima atau menolak proksi.

(e) memberi undi penentu.

(f) mengumumkan keputusan pengundian.