|
 |
|
Laman web ini mengandungi empat menu utama:
di bingkai kiri, bingkai kanan, bingkai atas, dan bingkai
bawah. Bingkai di sebelah kiri layar komputer anda
mengandungi beberapa submenu yang boleh anda klik untuk
merujuk berbagai sumber rujuk undang-undang syarikat. Di
sebelah kanan pula terdapat dua jenis menu. Pertama menu
pintas yang membawa anda ke laman-laman berkaitan dengan
khidmat perundingan dan pembinaan homepej oleh saya,
panduan mengenai khidmat tapak web percuma, senarai laman
web menarik, serta rantaian kepada khidmat e-mel percuma
oleh Yahoo! Kedua pada bahagian bawah bingkai paparan
terdapat menu grafik bewarna keemasan yang memaparkan
nombor telefon dan faks saya.Di bahagian bingkai sebelah
atas pula terdapat lima menu utama yang empat daripadanya
membawa anda ke laman-laman yang mengandungi khidmat
perundingan: seminar undang-undang syarikat, penerbitan
undang-undang syarikat, perundingan syarikat, dan
penubuhan syarikat. Menu kelima membawa anda mengenali
secara ringkas personaliti di sebalik laman web ini, Md. Rodzi Harun. Di bahagian
sebelah bawah bingkai terdapat menu-menu yang membawa
anda ke laman-laman interaktif seperti e-mel, buku
pelawat, kontak, profil, dan laman khas mengenai Pejabat
Pendaftar Syarikat (ROC). Selain daripada menu dan
submenu yang tertera di paparan utama laman web ini,
terdapat juga berbagai menu dalam laman-laman tertentu.
Bagi memastikan anda tidak sesat dalam laman web ini,
biar ke mana sahaja laman yang anda kunjungi, bingkai
atas, kiri dan bawah sentiasa terpampang. Begitu juga
pada tiap-tiap bahagian atas sebelah kiri helaian laman
terdapat butang khas yang jika diklik akan membawa anda
kembali ke laman utama. |
|
 |
|
RODZI.COM hadir sebagai wadah
penyampai ilmu, perunding cara, dan pembina sumber rujuk syarikat. Ke arah itu saya mengembleng segala keupayaan
anugerah Illahi untuk menyemai, menyubur, dan memekar
pengetahuan dan maklumat mengenai syarikat dari
perspektif undang-undang dan pengurusan, di kalangan (dan
untuk) semua, dengan merentas batas pengalaman dan
akademik. |
|
RODZI.COM biarpun
sesungguhnya adalah replika saya, Md. Rodzi Harun, tetapi lebih
merupakan suatu entiti web yang terpisah dari lingkaran
peribadi saya. RODZI.COM adalah prasarana
interaktif melalui maya yang cuba menemukan anda semua
dalam satu impian dan cita untuk mengangkat martabat
keilmuan dan keprofesionalan dalam amalan bersyarikat!
Jika anda seorang Setiausaha Syarikat, di sinilah
tempatnya untuk anda memperoleh bekalan profesion anda.
Bagi anda yang bergelar (atau bakal bergelar) Pengarah
Syarikat, diharapkan agar di sinilah juga tempat anda
singgah sambil sesekali mengintai dari laman ke laman.
Semoga laman-laman yang anda lewati memberi manfaat
kepada anda dalam menjalankan tugas jawatan anda sebagai
seorang Pengarah Syarikat. Pun jika anda seorang pelajar
barangkali anda elok singgah di laman web ini, kerana di
sini tersaji segalanya yang anda perlukan. Tidak kira
siapa anda, RODZI.COM mengharapkan semoga
laman web ini membawa manfaat yang sesungguhnya buat
anda. Selamat menerokai dari laman ke laman... |
|
Homepej RODZI.COM
direkabentuk,
dikarang, disenggara dan dibiayai oleh saya. Laman web
ini ditaja secara percuma oleh HYPERMART.NET, USA. Homepej RODZI.COM
mempunyai
kapasiti storan 10 MB dengan talian sambungan T3. |
|
Dalam usaha menjadikan RODZI.COM
sebagai
sumber rujuk yang terkemaskini dan menarik, saya cuba
mengemaskinikannya tiap-tiap hari atau jika saya tidak
mempunyai masa yang sesuai, saya cuba juga
mengemaskinikannya sekurang-kurangnya sekali dalam
seminggu. Begitu juga bagi memastikan homepej RODZI.COM
ini
menarik, saya cuba mengubahsuai konsep reka bentuk dan
grafiknya dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Saya
mengharapkan anda sudi memberikan komen dan pandangan
yang bernas supaya sesuatu boleh saya usahakan untuk
bukan saja menjadikannya komprehensif dan terkemaskini
tetapi juga menarik. |